Dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun disahkan dijangkiti varian mpox clade Ib, namun kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Jangkitan dipercayai berlaku melalui hubungan seksual, dengan seorang pesakit telah dibenarkan keluar hospital manakala seorang lagi masih menerima rawatan.

Pihak berkuasa kesihatan memaklumkan risiko penularan kepada orang awam adalah rendah kerana mpox biasanya merebak melalui kontak fizikal rapat atau hubungan intim. Oleh itu, vaksinasi menyeluruh kepada populasi tidak disarankan buat masa ini.
Bagaimanapun, usaha pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan individu berisiko tinggi digalakkan mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan.
Mpox merupakan penyakit virus yang lazimnya ringan dan boleh pulih sendiri. Antara simptom biasa termasuk ruam, demam, sakit kepala dan sakit otot.
Orang ramai, khususnya mereka yang baru pulang dari negara terjejas, dinasihatkan mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala dalam tempoh 21 hari, selain terus mengamalkan kebersihan diri dan mengelakkan kontak dengan individu bergejala. – Berita Harian
Selain itu, ksmi kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
