Singapura Bakal Terima Vaksin COVID-19 Moderna Bulan Ini

COVID-19

Singapura Bakal Terima Vaksin COVID-19 Moderna Bulan Ini

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) khabaranya telah melakukan proses penilaian data yang dikemukakan oleh penghasil vaksin Covid-19 Moderna dalam memastikan proses itu dijalankan dengan sempurna.

HSA juga mendedahkan, pihaknya telah berbincang dengan syarikat bioteknologi dari Amerika Syarikat itu berkenaan rancangan penyerahan vaksin.

Advertisement

“Moderna telah mula mengemukakan data awal dan akan terus mengemukakan data sejurus ia tersedia seperti yang dipersetujui dengan HSA.”

Menurut laporan Berita Harian Singapura, andai segalanya berjalan lancar, kumpulan pertama vaksin itu dijadualkan akan tiba di Singapura sekitar bulan ini namun tidak memberi butiran berapakah jumlah yang akan diterima.

“Pemerintah Singapura telah awal-awal menempah vaksin bagi penduduknya dan menempah lebih banyak baru-baru ini dengan lebih banyak data.”

Terdahulu, Menteri Kesihatan Singapura Gan Kim Yong berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan beberapa vaksin Covid-19 dan tidak akan bergantung pada satu sumber sahaja.

Isnin lalu, Moderna telah memohon kebenaran untuk menyalurkan penggunaan segera vaksin Covid-19 syarikat itu di Amerika.

Ujian yang melibatkan 30,000 orang itu menunjukkan bahawa vaksin itu adalah 94.1 peratus berkesan mencegah Covid-19 dan 100 peratus berkesan mencegah penyakit serius akibat koronavirus itu.

Untuk rekod, Britain telah menjadi negara pertama di dunia selepas meluluskan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Menurut kerajaan Britain, vaksin itu akan ditawarkan di serata negara itu mulai awal minggu depan.

“Kerajaan telah menerima saranan daripada Agensi Pengawalan Produk Penjagaan Kesihatan dan Ubat (MHRA) untuk meluluskan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk digunakan.”

Bagaimanapun, jawatankuasa vaksin Britain akan menentukan golongan yang perlu diberi keutamaan mendapatkan vaksin itu terlebih dahulu.

Sumber: Berita Harian Singapura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...