Sindir PM Di Twitter : Netizen Kritik Fathia Latiff Artis Tiada Modal, Mahukan Publisiti Murahan

Hiburan

Sindir PM Di Twitter : Netizen Kritik Fathia Latiff Artis Tiada Modal, Mahukan Publisiti Murahan

Umum mengetahui negeri Pulau Pinang sedang dilanda banjir yang sangat teruk sejak beberapa hari lepas. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan dan ada yang  turun padang membantu mangsa-mangsa banjir.

Advertisement

Sebagai seorang yang lahir di Pulau Pinang, isu ini turut menarik perhatian pelakon Fathia Latiff, namun, cara beliau yang memuat naik “tweet”  berbaur sindiran mengenai ketiadaan Perdana Menteri melawat banjir di Pulau Pinang mengundang kecaman netizen.

Netizen menganggap Fathia tiada modal dan hanya ingin mencari publisiti murahan kerana namanya sudah tidak laku sebagai pelakon sejak terlibat dengan kontroversi berkemban serta menari di Bigo Live.



Untuk pengetahuan anda, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,  untuk meminta bantuan ATM mengendalikan situasi banjir. Perdana Menteri menerusi satu kenyataan media juga  memberitahu, kerajaan akan membantu mangsa banjir dan sudah menghantar seramai 160 anggota serta pegawai ATM ke Pulau Pinang pagi semalam.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...