October 1st, 2018

Kejayaan lagu nyanyian Ayda Jebat berjudul Mata yang berjaya merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik 2018 berlangsung di Singapura memberikan kejutan.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai ialah ucapan Ayda yang dikatakan berbaur sindiran, antara kata-katanya ialah “Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori terbaik yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus itu boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia.”

Ramai yang mempercayai ucapan Ayda ada kaitan dengan kontroversi sebelum ini dimana lagu Mata gagal ke pentas AJL 32. Rata-rata netizen bagaimanapun merasakan tidak wajar untuk Ayda membuat ucapan yang ‘kurang cerdik’ itu kerana seakan memburukkan Malaysia.

Penyanyi Adibah Noor menerusi akaun Twitternya juga tampil memberikan pandangan beliau terhadap ucapan tersebut. Menurut Adibah, setiap anugerah muzik mempunyai penilaian tersendiri terhadap setiap karya diiktiraf sebagai pemenang.

Menerusi kemenangannya di APM 2018, Ayda berjaya mengetepikan empat pencabar lain iaitu kumpulan Search, Dayang Nurfaizah,Mimifly, As’ad Motawh.

Sumber Berita : Assraf Nasir & Adibah Noor


16 responses to “Sindir Lagunya Tidak Diterima Di Malaysia, Ucapan Ayda Jebat Di APM 2018 Dikecam Netizen”

  1. princess says:

    ye ke?

    azira shafinaz tu x sampai 1M pn followers ig, ok je jadi heroin pukul 7.

    do some research before talk dear. jatuh fitnah nanti. :)

  2. Nazim bk n gei aww says:

    Aku bukan nak kutuk sbb aku peminat music. Apa bahasa, jenis music aku layan. Tp lagu tu utk telinga aku, aku rasa tak sedap. Mcm lady gaga bad romance tu dulu dgr sekali je dah tertanya2 sape penyanyi tu. Walaupun lyric mcm hampehh tak de pekdah.

Loading...