Kecoh apabila pelakon Syazwan Zulkifly didakwa dengan kasarnya menyindir dan mengkritik cara pengacaraan Janna Nick yang disifatkan agak gedik di Melodi . Apa yang membuatkan ia menjadi bualan hangat netizen adalah kerana perkataan ‘monyet’ yang digunakan oleh Syazwan menerusi status yang dimuat di akaun Twitternya.
Mengakui status tersebut memang ditujukan buat Janna, Syazwan bagaimanapun tampil memohon maaf sekiranya perkataan yang beliau gunakan itu ada mengguris hati pelakon wanita itu.
Syazwan tidak pernah berniat untuk memburukkan Janna cuma mahu gaya pengacaraan itu diperbaiki.
Saya mengaku kritikan dibuat walaupun tidak menyebut nama tetapi jelas ditujukan kepada Janna. Andai Janna mahupun orang diluar sana berasakan kata-kata saya gunakan itu melampaui batas, saya memohon maaf. Tetapi apa saya lakukan itu dengan niat ikhlas agar sebagai pengacara program Janna dapat memperbaiki corak persembahannya.
Jangan salah faham. Saya tidak pernah berselisih faham atau bergaduh dengan Janna. Malah, tidak pernah membencinya.
Janna mula mengacarakan Melodi sejak bulan Januari lalu bergandingan bersama Ajak Shiro. Mereka dipilih untuk menggantikan Awal Ashaari dan AG yang mengacarakan rancangan hiburan tersebut selama empat tahun.