Ameera Khan menerima kritikan daripada netizen Indonesia di media sosial selepas dikatakan menyindir kemenangan El Rumi baru-baru ini menentang kekasih pempengaruh itu, Jefri Nichol dalam acara Superstar Knockout Vol.3.
Sebelum ini, kehadiran Ameera Khan dan keluarganya ke acara itu di Jakarta untuk memberikan sokongan kepada Jefri meraih perhatian ramai.
Bagaimanapun, gara-gara hantaran dimuat naik Ameera di Instagram story telah mencetuskan gelombang kecaman daripada peminat El Rumi serta pasangannya iaitu pelakon, Syifa Hadju.
Fans ‘power’ bab kecam
Gara-gara hantaran Ameera Khan, netizen Malaysia mengingatkannya untuk tidak memandang rendah terhadap netizen Indonesia terutamanya peminat Syifa.
Ameera, cuma nak bagitau yang peminat Syifa & El Rumi memang power bab kecam orang ni. Hati-hati sikit.
Nabila tunjuk isyarat ‘loser’
Dalam pada itu, potongan video ucapan El Rumi selepas memenangi pusingan pertama perlawanan tersebut turut tular dan rakaman tersebut memaparkan kakak Ameera, Noor Nabila yang melakukan aksi jelek.
Menerusi rakaman itu, Nabila dilihat menunjukkan isyarat tangan ‘L’ yang diketahui membawa maksud ‘loser’ ketika El Rumi meminta penonton dan penyokong Jefri untuk bersabar.
“Jangan nangis, jangan nangis. Sabar, sabar. Sabar,” kata El Rumi.
@jobngeclip Momen El Rumi diejek fans Jefri Nichol, elrumi: kenapa, jangan nangis ya!! #elrumi #elrumisyifahadju #jefrinichol #jefrinicholvselrumi #tinjuindonesia #selebritis ♬ suara asli – Job Ngeclip
Disindir tak terima kekalahan
Kehadiran Ameera dan keluarganya juga turut disindir dan menjadi bualan ramai kerana terbang jauh dari Malaysia namun Jefri tewas selepas 38 saat perlawanan dimulakan.
Difahamkan, perlawanan tersebut dan kekalahan Jefri mencetuskan kontroversi selepas keputusan pengadil menghentikan pertandingan dipertikaikan.