Sindiket Vape K*kain Pertama Di Malaysia Tumpas, Nilai Rampasan Cecah RM7.2 Juta

Berita

Sindiket Vape K*kain Pertama Di Malaysia Tumpas, Nilai Rampasan Cecah RM7.2 Juta

Polis telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran katrij cecair vape yang mengandungi dadah jenis kokain, dipercayai yang pertama di negara ini selepas menahan empat orang individu di kawasan parkir sebuah hotel di Ampang Jaya, Khamis lalu.

Memetik laporan Harian Metro, pihak berkuasa telah merampas sebanyak 4,958 katrij cecair vape dengan anggaran nilai RM7.2 juta dalam serbuan berkenaan.

Advertisement
polis rampas katrij vape kokain Sumber : Harian Metro 

Dadah tersebut dipercayai dibawa masuk dari Singapura dan disasarkan untuk pasaran golongan kenamaan (VIP) serta pasaran antarabangsa.

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan tiga warganegara Singapura, yang berada di dalam sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire ketika ditahan.

Penahanan suspek berusia 25 hingga 50 tahun itu membawa kepada sebuah kondominium di ibu negara yang dijadikan lokasi pembungkusan semula katrij cecair vape berkenaan.

Siasatan awal mendapati semua katrij cecair vape itu adalah untuk pasaran antarabangsa yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier.

vape kokain

gambar hiasan

Bagaimanapun kita percaya ada juga untuk dipasarkan kepada golongan VIP memandangkan katrij dijual dengan harga RM1,500 setiap satu.

 

Satu katrij berisi 1.9 mililiter (ml) cecair. Ini adalah kali pertama rampasan berupa katrij cecair vape kokain dirampas di negara ini memandangkan negara asia tidak mendapat permintaan terhadap jenis ini kerana harga yang tinggi.

Kata beliau, hasil ujian urin mendapati salah seorang daripada suspek positif dadah jenis ketamin dan dua daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau.

Semua suspek direman selama tujuh hari bermula 20 hingga 26 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

3 weeks ago

Setitis Vape Mengandungi Bahan Terlarang Cuma RM1, Boleh Jerat Remaja Ke Lembah Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...