Sindiket Penyeludupan Barang Terlarang: Dua Wartawan Ditahan, Pernah Berkhidmat Dalam ATM

Berita

Sindiket Penyeludupan Barang Terlarang: Dua Wartawan Ditahan, Pernah Berkhidmat Dalam ATM

Semalam, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan barang terlarang yang didalangi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM
2025-08-14 10:40:12

Terima Rasuah Lebih RM3 Juta, 5 Pegawai ATM Ditangkap Dalang Sindiket Penyeludupan Barang Terlarang

erima Rasuah Lebih RM3 Juta, 5 Pegawai ATM Ditangkap Dalang Sindiket Penyeludupan Barang Terlarang

Advertisement

Dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 10 individu telah dicekup dalam serbuan Ops Sohor tersebut termasuk lima pegawai kanan ATM dan dua wartawan agensi media dalam talian.

Wartawan pernah berkhimat dalam ATM

Menurut Berita Harian, kedua-dua wartawan berkenaan disahkan pernah berkhidmat dalam ATM namun sudah bersara dan bekerja sebagai wartawan di sebuah agensi media dalam talian.

Peranan kedua-duanya belum dapat dipastikan memandangkan siasatan SPRM masih berjalan.

Terdahulu, kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman.

Empat suspek lelaki direman tujuh hari sehingga 20 Ogos ini, dua lelaki dan seorang wanita direman lima hari sehingga 18 Ogos manakala dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia direman tiga hari sehingga hari ini.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, berkata sebahagian pegawai kanan yang ditahan itu adalah anggota Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) dan tempat mereka sudah digantikan serta-merta.

Kita tiada kompromi dari segi operasi, kami boleh gantikan mereka dan (pegawai pengganti) teruskan tugas yang ditinggalkan. Tiada sebarang isu di lapangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...