Sindiket Penipuan Cukai Menyamar Pegawai LHDN, Rakyat Diseru Lebih Waspada

Trending

Sindiket Penipuan Cukai Menyamar Pegawai LHDN, Rakyat Diseru Lebih Waspada

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan orang ramai agar berwaspada berikutan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai LHDN untuk memperdayakan mangsa.

Dalam kenyataannya pada Khamis, LHDN berkata, antara modus operandi ialah dengan menakutkan mangsa menyebabkan mangsa panik dan akhirnya memaksa mangsa mengambil tindakan terburu-buru dengan menyerahkan butiran peribadi dan perbankan, malah ada yang secara sukarela membuat bayaran wang tunai kepada ahli sindiket.

Advertisement

“Orang ramai hendaklah lebih peka dan sentiasa menasihatkan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling berkenaan perkara ini agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa”

Orang ramai juga dinasihatkan berhati-hati dan jangan mudah terpedaya serta lakukan pengesahan dengan LHDN terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dengan menghubungi talian Hasil Care Line atau talian pegawai yang boleh disemak senarainya pada portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDN berhampiran.

Menurut LHDN, berdasarkan maklumat yang dikumpulkan menerusi laporan di media massa, bagi tahun 2021 untuk tempoh 1 Januari sehingga 9 Februari sahaja, sebanyak 18 kes sindiket penyamaran sebagai pegawai LHDN melibatkan kerugian sekurang-kurangnya berjumlah RM636,311.00 telah dilaporkan.

Pada masa sama, LHDN berkata, sehingga kini, 2,927,400 e-mel telah dikirim kepada alamat e-mel yang terdapat dalam pangkalan data LHDN dan 814,865 e-mel masih lagi dalam peringkat proses pengiriman.

“LHDN sentiasa melakukan usaha-usaha yang perlu dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa cakna atau ambil tahu isu berkaitan aktiviti scammer ini”

Selain daripada peringatan melalui saluran media massa dan media sosial, LHDN turut menggunakan saluran e-mel [email protected] untuk menghantar infografik peringatan berkaitan aktiviti scammer.

Orang ramai dinasihatkan membuat semakan modus operandi sindiket penipuan ini di portal rasmi LHDN dan sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dibuat secara dalam talian melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas link dibawah https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...