Sindiket Pengemis Eksploitasi Kanak-Kanak Sekitar Bukit Bintang & Klang, ‘Kutip’ Hingga RM3000 Sehari

Kehidupan

Sindiket Pengemis Eksploitasi Kanak-Kanak Sekitar Bukit Bintang & Klang, ‘Kutip’ Hingga RM3000 Sehari

Mengeksploitasi kanak-kanak sekitar Bukit Bintang dan Klang sehingga mampu mengutip sebanyak RM3,000 sehari. Itu yang disyaki dilakukan oleh kumpulan pengemis bersindiket yang berjaya dikesan menerusi Op Pintas Khas baru-baru ini.

Operasi itu dilaksanakan oleh Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran / Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di dua lokasi terbabit.

Advertisement
meminta sedekah

Gambar hiasan

Menurut Ketua Penolong Pengarah, D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian, lapan suspek  disyaki ahli sindiket yang terdiri daripada warga Yaman ditahan dalam operasi berkenaan.

Dalam serbuan sama, pihak kami turut menyelamatkan tujuh mangsa pemerdagangan manusia eksploitasi buruh paksa (kanak-kanak di bawah umur).

Suspek disyaki kumpulan penjenayah yang mengeksploitasi kanak-kanak atas tujuan mengemis dan dipercayai aktif sejak September 2024 sehingga kini.

Tambah Soffian, siasatan awal juga mendapati kumpulan berkenaan akan mula mengemis secara berkumpulan bermula jam 6 petang hingga 3 pagi dan dianggarkan mampu mendapat keuntungan kira-kira RM2,500 ke RM3,000 setiap hari.

sindiket minta sedekah

Ujarnya, tujuh kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan berusia lingkungan satu bulan hingga 16 tahun, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan kesemua mangsa adalah warga Yaman.

Kesemua mangsa diselamatkan mengikut Seksyen 44(1) Akta Atipsom 2007, manakala tindakan ke atas lapan suspek mengikut Seksyen 14 Atipsom 2007.

Kesemua suspek juga adalah warga Yaman iaitu enam lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wujud dakwaan ahli politik terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia
5 months ago

Ahli Politik Terkenal Didakwa Jadi 'Mastermind' Sindiket Pemerdagangan Manusia Di Myanmar?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...