Sindiket Memproses, Edar Dadah Dalam Jus Minuman Berjaya Dibongkar Polis

Kehidupan

Sindiket Memproses, Edar Dadah Dalam Jus Minuman Berjaya Dibongkar Polis

Polis menahan seorang lelaki dan teman wanitanya seterusnya berjaya membongkar kegiatan memproses dan kemudian mencampur dadah berkenaan ke dalam jus minuman mengikut perisa yang ditempah pelanggan.

Dalam masa yang sama, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM77,318 di kondominium Lebuh Sungai Pinang 2 di Jelutong pada Rabu lalu.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata lelaki itu ditahan pada jam 2.40 pagi di lobi kondominium tersebut dan pemeriksaan menemukan bungkusan plastik yang mengandungi 15 paket berwarna hitam yang mana setiap satunya mempunyai serbuk dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

DADAH

Suspek berusia 20 tahun tersebut menjadikan rumah yang disewa abangnya sebagai tempat untuk memproses dadah dalam minuman dan menghantarnya pelanggan yang menempah dengan upah yang diambil RM500 hingga RM800 untuk setiap penghantaran.

“Pemeriksaan di rumah menemukan 2,396 gram campuran serbuk disyaki dadah jenis MDMA, ketamin (338.5 gram), pil ecstasy (576 biji) dan pil erimin (390 biji) yang semuanya dianggarkan bernilai RM77, 318. Peralatan memproses campuran dadah jenis MDMA dengan minuman pelbagai jenis perisa turut dijumpai”.

Siasatan mendapati suspek yang bertindak sebagai penghantar bekalan hanya menerima arahan menerusi aplikasi ‘WeChat’ tanpa mengenali pemberi arahan. Kedua-dua suspek tiada rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

Soffian berkata wang upah yang diterima akan diserah kepada ‘pemberi arahan’ menerusi pelbagai cara di lokasi tertentu setiap kali penghantaran.

Polis turut merampas sebuah kenderaan dan wang berjumlah RM1,100 dengan nilai rampasan dan sitaan berjumlah RM136,918.

“Individu berkenaan dipercayai memproses bekalan unit kediaman itu pada waktu tertentu ketika kedua-dua suspek tiada di rumah”.

Beliau berkata suspek dan teman wanita direman enam hari sehingga Isnin depan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Sumber

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...