Sindiket Guna Nama LHDN Menipu Melalui Email, Mangsa Kerugian Wang Belasan Ribu Ringgit

Trending

Sindiket Guna Nama LHDN Menipu Melalui Email, Mangsa Kerugian Wang Belasan Ribu Ringgit

Beberapa hari lalu tular di media sosial satu kegiatan pihak tidak bertanggungjawab yang menghantar emel menggunakan nama dan logo Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menipu orang ramai.

Advertisement

Difahamkan, ada mangsa telah mengalami kerugi wang belasan ribu ringgit selepas menekan butang ”Proceed” yang meminta mangsa mendedahkan nombor akaun mereka untuk dipulangkan cukai terlebih bayar kononnya daripada pihak LHDN.

Memetik kenyataan dari pihak LHDN, mereka menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang emel seperti yang tersebar dan mengesahkan terdapat sindiket telah menggunakan nama dan logo agensi mereka untuk menipu orang ramai terutamanya pembayar cukai.

LHDN turut menyatakan sindiket yang turut dikenali sebagai penyangak kewangan itu telah dikesan melakukan beberapa cubaan menipu dengan menghantar emel kepada orang ramai kononnya mereka mempunyai cukai terlebih bayar yang akan dibayar semula oleh pihak LHDN.

“Mereka akan menerima emel, untuk menerima ‘refund’ berkenaan, pembayar cukai perlu menekan butang ”proceed’ dan arahan akan diberikan agar mangsa mendedahkan butiran akaun bank bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dibuat oleh LHDN.”

“Harap maklum bahawa LHDN tidak pernah menghantar e-mel kepada pembayar cukai untuk meminta pembayar cukai mendedahkan nombor akaun bank mereka. Ini kerana maklumat akaun bank tersebut akan diperoleh melalui perisytiharan oleh pembayar cukai ketika mereka mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pada setiap tahun.”

“Selain itu, lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul juga akan dikreditkan terus oleh LHDN ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBC) atau Cek Berpalang atau Telegraphic Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara),”

Modus operandi mereka lakukan adalah menghantar Surat Tuntutan Cukai Tertunggak yang palsu kepada orang ramai yang sememangnya akan dikeluarkan oleh LHDN sebagai surat peringatan kepada pembaayr cukai yang mempunyai tunggakan agak menjelaskannya.

“Sebelum arahan yang diterima melalui e-mel tersebut dituruti, orang ramai adalah dinasihatkan agar membuat semakan terlebih dahulu ketulenan e-mel berkenaan yang boleh dibuat melalui domain e-mel yang digunakan oleh pengirim e-mel yang tertera pada e-mel tersebut.”

“Setiap e-mel rasmi daripada LHDN akan menggunakan domain e-mel @hasil.gov.my. Orang ramai dilarang untuk mematuhi arahan dalam e-mel yang mengguna pakai domain selain daripada domain rasmi.”, jelas mereka.

Untuk mendapat pengesahan surat tunggakan cukai orang ramai boleh terus menghubungi talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 atau Talian Hasil Recovery Call Centre di 1-800-88-4726 atau nombor talian Cawangan LHDN yang mengeluarkan surat tersebut (ada pada kepala surat).

Sumber : LHDN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...