Sindiket Atau Jadi ‘Keldai’? Polis Siasat Kes ‘Rapper’ Popular & 2 Rakan Disyaki Miliki 86KG Barang Terlarang

Hiburan

Sindiket Atau Jadi ‘Keldai’? Polis Siasat Kes ‘Rapper’ Popular & 2 Rakan Disyaki Miliki 86KG Barang Terlarang

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menyiasat sama ada seorang penyanyi rap popular serta dua orang rakannya yang ditahan kerana memiliki 86 kilogram (kg) dadah jenis ganja di Vientiane, Laos terlibat dengan sindiket atau diupah sebagai ‘keldai’ bagi mengeksport barang terlarang itu.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat daripada pihak berkuasa Laos selepas mereka dimaklumkan berhubung tangkapan tersebut.

Advertisement

penyanyi rap malaysia ditahan

Menurutnya, tiga orang lelaki tempatan itu ditahan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Laos.

Hasil pemeriksaan enam bagasi milik individu itu yang dirampas telah menjumpai 103 bungkusan plastik yang mengandungi dadah jenis ganja.

 

Hasil siasatan mendapati dipercayai kesemua mereka akan menaiki penerbangan Thai Airways dari Laos untuk ke Jerman bagi tujuan menghantar bekalan dadah tersebut.

Difahamkan, ketiga-tiga individu itu kini ditahan di Penjara Phontong, Vientiane, Laos.

ditahan

gambar hiasan

Tambahnya lagi, semakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati kesemua individu tersebut telah keluar dari Malaysia pada 22 Mei yang lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Semakan daripada pihak ‘counterpart’ di Thailand mendapati tiada sebarang pergerakan masuk atau keluar dari Thailand pada 22 Mei lalu terhadap kesemua warga tempatan itu.

Maklumat yang diperoleh daripada soal siasat ke atas semua suspek akan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) untuk tindakan lanjut.

Penyanyi Rap Terkenal Ditahan di Laos, Disyaki Cuba Seludup 103 Bungkus Barang Terlarang ke Jerman
1 day ago

Penyanyi Rap Terkenal Ditahan di Laos, Disyaki Cuba Seludup 103 Bungkus Barang Terlarang Ke Jerman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...