Bila sebut Hari Raya Aidilfitri, semua benda nak baru. Baju nak baru, tudung pun mesti baru dan paling penting, emas di tangan dan leher kenalah yang baru juga. Masa sebelum raya inilah (terutamanya bulan puasa nanti), berduyun-duyun emak-emak, gadis-gadis dan wanita-wanita yang akan membeli barang kemas untuk digayakan di pagi raya. Lip lap sana sini. Berkilau sampai silau mata.
Abang Nara pernah pegi Poh Kong sekali masa bulan puasa. Ya Allah penuh dengan orang. Nak jalan pun tak muat. Nak window shopping pun tak boleh. Jadi apabila dijemput menghadiri majlis pelancaran Poh Kong X Gaya Koleksi Raya 2015 yang menampilkan 3 pereka fesyen terkenal iaitu Alia Bastaman, Justin Yap serta Rizman Ruzaini, memang Abang Nara terus menerimanya dengan hati terbuka.
Gambar jauh macam tue mana nak nampak barang kemas Poh Kong bersempena Hari Raya nie kan? Meh sini Abang Nara up close and personal sikit untuk anda. Memang cantik-cantik koleksi terbaru Anggun, Tranz dan Moraglione. Para tetamu yang hadir semua mata tak berkelip. Terpukau. Jom ushar jom.
1. Poh Kong Gallery X Alia Bastaman
2. Poh Kong Anggun X Rizman Ruzaini
3. Poh Kong Tranz X Justin Yap
Memang cantik-cantik semuanya kan? Berpinau mata Abang Nara sepanjang fesyen show tue. Nasib baiklah wife tak ikut. Kalau tak mahu dipaksanya Abang Nara beli masa tue jugak. Namun ramai juga tetamu yang lepas habis fesyen show terus pergi beli. Tak boleh tahan la tue. Menariknya ada seorang tetamu bertuah yang menang voucher Poh Kong bernilai RM4,000. Syok la dia shopping nanti.
Koleksi Poh Kong Raya 2015 ini sudah pun mula dipamerkan di kesemua kedai Poh Kong seluruh Malaysia. Harga yang ditawarkan amat berpatutan. Kualiti terjamin. Rekaan tak perlu cakaplah. Memang menawan. Jadi silalah ushar apa yang patut. Nasihat Abang Nara, beli sebelum Ramadhan sebab selalunya harga emas masih murah ketika ini. Nanti dah nak dekat raya, takut-takut harga emas akan naik. Apa pun maklumat lanjut layari www.pohkong.com.my