Tugas sebagai penyampai radio bukanlah mudah, ia memerluka kreativiti serta kesabaran yang tinggi kerana anda hanya bercakap seorang diri untuk menceriakan suasana dan kadang-kala akan menerima panggilan daripada pendengar yang mempunyai seribu satu ragam.
Akibat keceluparan penyampai radio Kieran yang telah memanggil seorang pendengar dengan gelaran Sakai, pihak stesen Sinar FM telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman sosial Facebook rasmi mereka.
Ada yang mengatakan Kieran tidak sengaja mengucapkan perkataan tersebut apabila panggilan yang diterima terputus taliannya.
Setiap penyampai di Sinar FM mempunyai kod yang mereka harus patuhi dan pihak mereka berjanjji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi serta telah mengambil tindakan ke atas Kieran.
Walaupun Kieran rasa geram panggilan tersebut terputus, tidak bermakna anda boleh bercakap ikut suka hati anda. Lagipun, Kieran sudah mempunyai pengalaman yang lama sebagai penyampai radio, takkanlah anda tidak tahu etika ketika bekerja?