Sinar Baru Untuk Pesakit Kanser Dengan Rawatan Immunotherapy

Hiburan

Sinar Baru Untuk Pesakit Kanser Dengan Rawatan Immunotherapy

Kanser. Mendengar perkataan tersebut pun dah membuatkan Abang Nara takut. Seringkali bila melihat wajah-wajah pesakit kanser, air mata ini akan jatuh berderai. Tak boleh bayang penderitaan yang ditanggung oleh mereka. Macam-macam jenis kanser yang ada di dunia ini. Kanser mulut, kanser payudara, kanser paru-paru, kanser hidung dan banyak lagilah. Nak sebut satu-satu memang sampai ke lusa tak akan habis.

hitv

Advertisement

Sehingga ke hari ini, tiada lagi rawatan yang benar-benar mampu memulihkan kanser sepenuhnya. Penyelidikan demi penyelidikan sedang dijalankan untuk memberikan secalit sinar harapan kepada para penyakit kanser. Kebanyakan pesakit kanser menjalani chemotherapy untuk menghalang kanser daripada terus merebak. Menariknya, kini ada satu lagi jenis rawatan terbaru yang dikenali sebagai immunotherapy.hitv

Teknik rawatan immunotherapy ini berasal dari Jepun dan diasaskan oleh Dr Kenichiro Hasumi yang telah berusaha menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dalam misi mencari penawar kanser. Oleh kerana rawatan immunotherapy ini adalah rawatan baru dan masih belum diketahui ramai, HITV Laboratory Sdn Bhd dengan kerjasama PRIDE Foundation Malaysia akan mengadakan satu forum percuma untuk memberi penerangan tentang kaedah rawatan yang amat berkesan ini.

hitv

Kesemua speakers yang hadir adalah pakar di dalam bidang kajian masing-masing. Dr Hasumi sendiri akan turun padang untuk menerangkan dengan lebih mendalam tentang immunotherapy. Untuk makluman, CEO HITV Laboratory’s iaitu Vincent Chang memberitahu kaedah rawatan ini memberi sinar harapan baru kepada pesakit kanser. Mengikut statistik yang diterima dari senarai pesakit di Jepun yang pernah melalui kaedah rawatan ini, keputusan yang didapati amatlah menggalakkan.

Di Malaysia, clinical test buat para pesakit kanser payudara dan malignant lymphoma menggunakan rawatan immunotherapy sedang dijalankan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan yang hebat ini, boleh hadiri sendiri seminar percuma di atas pada 12 April ini di Kuala Lumpur Convention Centre. Boleh buat pendaftaran segera di seminar.hitvlab.com kerana tempat amat terhad. Sebarang pertanyaan boleh telefon terus ke 03-2244 0995.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...