March 31st, 2010

simply siti

Ala. Mati-mati kami ingatkan yang Nas Ahmad terjah Dato’ Siti Nurhaliza sebab dia mengandung. Rupa-rupanya sebab Siti nak keluarkan produk kecantikan yang diberi nama Simply Siti. Dah keluar pun kat pasaran sekarang.

Nampaknya masih tak ada rezeki untuk Dato’ Siti bergelar seorang ibu. Takperlah. Dato’ K kena berusaha keras lagi. Fighting Dato’ K dan Dato’ Siti. Mungkin tahun ini tahun bertuah untuk anda berdua.

Bercerita pasal Nas Ahmad dan Terjah, dengan ceritanya program Terjah ini nak diberhentikan dah siarannya. Dari cerita-cerita yang kami dengar, kelmarin adalah episod terakhir Terjah.

Molek benarlah tue. Terjah nie bagi kami soalan dia laser sangat sampai menjatuhkan air muka artis-artis. Pastue nampak macam mendesak jer soalan dia. Sampai artis tue nak taknak terpaksa keluarkan kontroversi.

Buat Nas Ahmad, lepas nie keluarkan la program lain. Mungkin konsep sama dengan Terjah tapi buat dengan cara lebih bermoral dan santai. Kami jamin program tue kompem akan boooooooooommmm!!!!

Sesapa yang ada try produk Simply Siti nie nanti bagitau la ok ke tak. Nak gak tau keberkesanan dia. Lagi gambar Simply Siti dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

simply siti

simply siti

Written by AbangNara
 
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...