Sa Balik Baju Movie menampilkan kisah enam kisah wanita yang berbeza lakonan Mira Filzah, Nadiya Nisaa, Juliana Evans, Kaka Azraff, Sarancak dan Elena Moujing dan ia ditayangkan di Netflix pada 21 Oktober 2021.
Ia mengisahkan tentang enam orang wanita menempuhi liku-liku kehidupan dan cabaran di zaman ‘media sosial’. Sama ada mereka berjaya tempuhi segalanya dan mengubah menjadi lebih baik ataupun tidak, kenalah tonton!
Filem ini boleh dikatakan mempunyai jalan cerita yang menarik dan mampu untuk menarik perhatian ramai kerana keenam-enam kisah yang dipaparkan dalam filem ini mempunyai kisah-kisah yang berkait dengan isu yang terjadi sekarang ini.
Salah satu sebab kenapa anda WAJIB tonton filem yang menarik ini adalah kerana jalan cerita yang jarang sekali dipaparkan terutamanya di Malaysia dan ianya dapat membuka minda anda seluas-luasnya terutama tentang pengguna media sosial.
Kisah di dalam filem ini banyak mengaitkan dengan pengguna media sosial apabila Dahlia seorang businesswomen di media sosial, Sierra merupakan perunding hubungan media sosial, Myra mula membenci pekerjaan sebagai influncer ketika beliau sedang hamil dan Hannah pula jatuh cinta dengan seseorang jejaka melalui media sosial.
Kisah Aira dan Salina pula lebih kepada keyakinan seorang wanita yang sering dialami oleh wanita zaman sekarang. Mereka menggambarkan wanita seharusnya berasa yakin dengan diri sendiri dan tiada siapa-siapa yang boleh merendahkan harga diri sebagai seorang wanita.
Secara keseluruhannya, filem ni memang love sangat! Kalau anda seorang penggemar karya perfileman Yasmin Ahmad, maka saya yakin anda akan menyukai filem ini kerana ia juga seolah-oleh filem terbitan wanita tersebut, tenang dan chill saja.
Kalau anda dah tengok, cuba komen sikit pandangan anda tentang filem ini, nak tahu juga!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.