Simpanan Shariah Diwujudkan, Pendaftaran Dibuka Bermula 8 Ogos Ini

Trending

Simpanan Shariah Diwujudkan, Pendaftaran Dibuka Bermula 8 Ogos Ini

KWSP telah mengumumkan pilihan simpanan persaraan terbaharunya iaitu Simpanan Shariah yang akan dilancarkan pada 2017 yang akan mula dibuka untuk pendaftaran pada 8 Ogos ini.

Advertisement


Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Simpanan Shariah merupakan pilihan buat ahli KWSP yang mahu menukar simpanan konvensional kepada simpanan yang diurus dan dilabur berdasarkan prinsip syariah.

Menurut beliau juga, Simpanan Shariah terbuka buat semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan.

“Berikutan keputusan Rundingan Awam yang dijalankan oleh KWSP tahun lepas, lebih 70 peratus responden bersetuju perlu diadakan opsyen untuk ahli memilih supaya simpanan persaraan mereka diurus berdasarkan prinsip Syariah.

“Oleh itu, kami dengan sukacita memperkenalkan Simpanan Shariah untuk memenuhi kehendak ahli,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...