“Simpan Saja Niat Baik Kau Rosyam” – Erma Fatima Tolak Cadangan Rosyam Nor Nikahi Fattah Amin, Akui Nafsu Untuk Berkahwin Dah Tertutup

Hiburan

“Simpan Saja Niat Baik Kau Rosyam” – Erma Fatima Tolak Cadangan Rosyam Nor Nikahi Fattah Amin, Akui Nafsu Untuk Berkahwin Dah Tertutup

Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima tampil membalas kenyataan Datuk Rosyam Nor yang mencadangkan supaya dia berkahwin dengan pelakon popular, Fattah Amin.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram adik Erma iaitu Datuk Paduka Umie Aida, Erma berkata dia sudah tidak ada nafsu untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki.

Advertisement

Nafsu saya sudah tertutup untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki dalam dunia ini.

 

Tak kisahlah lelaki itu ‘hot’ atau tidak. Harap maaf ya.

 

Simpan sahaja niat baik kau Rosyam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

Sebelum ini, tular satu video memaparkan Rosyam memberi cadangan kepada Fattah yang kini bergelar duda sejak bercerai dengan bekas isterinya, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu agar mengahwini Erma yang merupakan seorang janda.

Aku rasalah kan Fattah, orang yang paling sesuai dengan kau ialah Erma Fatima. Kau dah tak payah pening kepala sebab dia pun tak boleh beranak.

 

Jadi kau tak payah nak hantar anak pergi sekolah ke apa. Lepas tu pula Umie Aida akan jadi adik ipar kau.

Difahamkan, pada waktu itu Rosyam, Umie dan Fattah sedang terlibat dalam penggambaran sebuah drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

erma fatima
9 months ago

“Bakat Dan Masalah Peribadi Tiada Kena Mengena” - Erma Fatima Tak Tolak Kemungkinan Ambil Aliff & Ruhainies Berlakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...