Simpan Nasi Dalam Tandas: Amalan Pelaris Kedai Nasi Lemak Femes

Trending

Simpan Nasi Dalam Tandas: Amalan Pelaris Kedai Nasi Lemak Femes

Masyarakat Melayu dikatakan sinonim dengan amalan ilmu hitam atau sihir sejak dahulu kala. Antara yang sering kita dengar ialah pelaris. Secara literal, pelaris ialah sejenis amalan yang dilakukan oleh peniaga untuk melariskan jualan. Ada pelaris yang diredai dalam agama, contohnya menggunakan kucing sebagai ‘pelaris’ restoran. Yang tak sedap apabila ia melibatkan amalan khurafat serta pertolongan makhluk seperti jin dan syaitan.

pelarisanSeorang pengguna Facebook, Nurul Kasmadillawati Zakaria, telah mengongsi mengenai amalan pelaris dan bagaimana mengenal pasti premis perniagaan yang menggunakannya.

Advertisement

Hari ni acik nak berkongsi info pasal pelaris. Seriau pulak bila baca info yang sis ni kongsikan. Tiba-tiba teringat sesuatu. Jeng jeng jeng. Kisah entah tahun bila, dah tak ingat sebab dah tak pergi kedai tu lagi ?

Ada 1 kedai nasi lemak femes. Orang selalu beratur panjang. 2 3 kali dah rasa nasi lemak dia. Pada acik biasa je, mahal je yang lebih. Tapi Encik Hensem suka. Satu malam dia ajak makan nasi lemak tu, acik ikutkan je.

Sampai sana, Encik Hensem beratur. Acik duduk kat meja layan anak-anak. Sambil tengok orang beratur. Tiba-tiba dengar sorang pekerja dia jerit “nasi habis. Ambik nasi” lebih kurang macam tu lah ayat dia.

Part ni penting. Sampai mati acik takkan lupa. Ada sorang pekerja lelaki ke belakang. Buka pintu TANDAS dan ambil 1 periuk nasi. Dalam tu ada banyak lagi periuk lain bersusun bertingkat-tingkat. Acik suspek nasi.

Tandas tu tandas jenis cangkung. Memang jelas nampak mangkuk jamban tu. Periuk dalam tandas tu semua bertutup kemas tapi apa motif simpan nasi dalam tandas? Kot ye pun tandas tu dah tak guna. Tapi tandas. Tempat kotor.

Bila nampak je kejadian tu, acik angkut anak-anak pergi kat Encik Hensem nak cancel. Malangnya dia tengah nak bayar. Makanan dah berbungkus. Memang plan nak bungkus, ada anak kecik, makan kat rumah paling selesa.

Malam tu acik tak cerita lagi kat dia. Esok lusa baru cerita. Sejak tu memang dah tak jejak kaki ke sana. Kalau lalu tengok orang ramai beratur, kesiannya rasa. Sambil menulis ni pun rasa kembang tekak tak boleh nak cerita. Geli-geleman rasa.

Terima kasih kepada sis ni sudi berkongsi info menarik. Semoga bermanfaat.

Nurul juga menyertakan satu screenshot maklumat tentang pelaris:

1

2

3

4

5

6

7

8

9
Satu lagi bentuk sihir dalam perniagaan ialah dengan menutup pandangan orang ramai terhadap kedai pesaing. Penulis sendiri pernah mengalami situasi di mana penulis melihat gerai nasi lemak seorang peniaga sentiasa ditutup. Nasi lemaknya sedap dan penulis ingin membelinya.

Sehinggalah suatu hari penulis nampak dia berniaga seperti biasa dan penulis bertanya mengapa lama dia tidak menjual nasi lemak?

Penjual itu, seorang wanita, kehairanan kerana berkata dia berniaga setiap hari tetapi sudah lama orang tidak membeli nasi lemak yang dijualnya. Seolah-olah tiada siapa nampak gerainya di tepi jalan dan dia sentiasa berniaga di tempat yang sama. Ia antara pengalaman yang tidak penulis lupakan.-amazingnara.com

Sumber: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...