Sedia maklum, pendakwah selebriti Dai Syed pernah berdepan dengan tiga dakwaan termasuk merogol pada 15 Disember pada tahun lalu dan ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada mental beliau.
Dai Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail mendedahkan dirinya kini berdepan dengan kemurungan selepas berhadapan dengan beberapa kontroversi sejak tahun lalu.
Dalam pada itu, dia turut berkata akibat tekanan perasaan yang dialaminya, dia kini mudah rasa sedih dan trauma dengan komen-komen dari netizen.
View this post on Instagram
Saya simpan jambang pun, orang cakap muka saya macam Wukong (watak animasi monyet).
Oleh kerana itu, beliau terpaksa menukar penampilan diri dan gaya kehidupan demi meneruskan hidup, serta turut perlahan-lahan melarikan diri dari masalah kemurungan dengan mendekat diri kepada Allah SWT.
Menurut Syed Iqmal, cara dia mengawal masalah kemurungan yang dihadapi adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti sunnah seperti menunggang kuda.
Sekadar info, pendakwah sensasi ini ditahan pada 27 November lalu selepas seorang wanita membuat laporan polis didakwa dirogol Dai’ Syed.