Hantaran dikongsikan usahawan sensasi, Jofliam telah mengundang perhatian yang membuatkannya menerima sindiran ramai pengguna media sosial.
Perkongsiannya semalam turut menjadi bualan ramai dan diperli selepas dia menyatakan impiannya untuk menjadi pemain pickleball profesional.
Menerusi Instagram story, Jofliam telah memuat naik video memaparkan dia membeli peralatan sukan bersama isterinya, Dewi kerana kini dia menyimpan hasrat dan mahu menyertai sekurang-kurangnya satu pertandingan pickeball.
Let’s go profesional. Aim saya at least masuk satu Profesional Pickleball Championship tahun ni dan improve main tenis.
Impian Jofliam itu telah mencetuskan pelbagai respon dan sindiran daripada netizen yang berpendapat usahawan tersebut begitu ‘try hard’ untuk nampak hebat di mata orang lain.
Malah, ada yang berpendapat kelakuan Jofliam ini seperti individu yang mempunyai masalah mental dan narsistik kerana berasa dirinya sahaja yang paling hebat dalam semua perkara.
Aim nak masuk cempenshop pikelbol. Amende lah ko beria sangat jadi manusia. Terlalu tryhard nak nampak hebat kat mata manusia. Hakikatnya ko lah manusia paling hina hari hari kena maki kena doa yang buruk buruk dengan manusia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.