Simpan Hasrat Nak Bersanding Sekali Lagi, Lisdawati Kecewa Tak Boleh ‘Throwback’ Gambar Kahwin Kerana Tak Tutup Aurat

Hiburan

Simpan Hasrat Nak Bersanding Sekali Lagi, Lisdawati Kecewa Tak Boleh ‘Throwback’ Gambar Kahwin Kerana Tak Tutup Aurat

Pelakon terkenal, Lisdawati meluahkan rasa kecewa dan ralat apabila kini tidak lagi berpeluang untuk mengimbas kembali foto-foto ketika waktu perkahwinannya bersama suami yang juga pelakon Fauzi Nawawi memandangkan pada ketika itu dia masih lagi tidak menutup aurat sepenuhnya seperti sekarang.

Lisdawati Fauzi NawawiSumber : Instagram Lisdawati  

Menurut pelakon filem KL Menjerit ini lagi, dia berpendapat bahawa mereka yang merakamkan foto perkahwinan ketika berhijab adalah sangat bertuah kerana dapat mengenang kembali foto-foto tersebut dengan sesiapa sahaja dan bila-bila masa di masa akan datang.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Lisdawati turut menyeru mereka di luar sana untuk mengambil kisah hidupnya itu sekurang-kurangnya sebagai satu pengajaran yang berguna.

View this post on Instagram

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

“Bahagialah mereka yang bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat. Jangan jadi macam saya..terkecewa sebab semua itu hanya memori tak boleh tayang lagi. @fauzinawawi2020 kalau ada budget kita nikah sanding balik nak?”

Dalam hantaran itu, Lisdawati turut menyebut nama suaminya dan meminta untuk bersanding semula jika diberikan peluang dan kesempatan.

View this post on Instagram

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil meninggalkan komen yang merasakan setuju mengenai pendapat pelakon wanita itu dan turut mendoakan agar rumah tangga pasangan ini sentiasa diberkati dan bahagia sehingga ke syurga.

Terdahulu, Lisdawati dan Fauzi Nawawi telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 September 2007 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...