“Simpan Gambar, Video Dalam Pendrive” – Bapa 3 Anak Didakwa Rogol Anak Saudara, Siap Rakam Video!

Kehidupan

“Simpan Gambar, Video Dalam Pendrive” – Bapa 3 Anak Didakwa Rogol Anak Saudara, Siap Rakam Video!

Seorang bapa kepada tiga anak didakwa atas empat pertuduhan iaitu merogol, merakam perbuatan seksual, amang seksual fizikal dan memiliki pornografi kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, ia juga didakwa melibatkan anak saudaranya dan kejadian berlaku kira-kira lima tahun lalu.

Advertisement

Bekas mekanik kapal berusia 41 tahun itu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini namun bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan tersebut.

 

Dibenar ikat jamin

Berikut adalah maklumat tentang keempat-empat pertuduhan itu:

Pertuduhan pertama:

Tertuduh didakwa merogol mangsa (ketika kejadian berusia 7 tahun) di sebuah rumah di Johor Bahru pada 1 Ogos 2018, kira-kira pukul 1.30 pagi.

Didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua:

Tertuduh didakwa membuat pornografi kanak-kanak yang membabitkan mangsa, merakam perbuatan itu dalam video di tempat dan masa yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat sehingga enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga:

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama.

Didakwa mengikut Seksyen 14(a) AKSTK 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan keempat:

Tertuduh didakwa memiliki pendrive mengandungi video dan gambar pornografi mangsa di sebuah rumah di Iskandar Puteri pada 24 Mei lalu jam 9 malam.

Didakwa mengikut Seksyen 10 AKSTK 2017, iaitu berdepan hukuman maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Amang seksual

Dia dibenarkan diikat jamin RM8,000 bagi semua pertuduhan namun diberikan syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu mangsa dan saksi, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta lapor diri di balai polis sebulan sekali.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

11 months ago

Ibu Amang Seksual Dua Anak, Netizen Terkedu Baca Empat Pertuduhan - "Hisap & Suruh Anak Masukkan Kemaluan..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...