Simpan Dulu Gambar Umrah, Hafiz Hamidun Ingin Hormati Mangsa Banjir

Hiburan

Simpan Dulu Gambar Umrah, Hafiz Hamidun Ingin Hormati Mangsa Banjir

Penyanyi Hafiz Hamidun yang baru sahaja menunaikan umrah telah mengambil keputusan untuk tidak berkongsi foto-foto semasa dia mengerjakan ibadah tersebut di kota Makkah.

Hafiz Hamidun
2 years ago

Bimbang Peminat Indonesia Terpedaya, Hafiz Hamidun Akui Terima Aduan Akaun Palsu Hampir Setiap Hari

Advertisement

Ujar Hafiz, dia bimbang perkongsiannya itu nanti akan menyinggung perasaan mangsa-mangsa banjir dan memilih untuk bersodaliriti bersama mereka dengan memberi kata-kata semangat kepada yang terjejas akibat bencana alam itu.

Meskipun pada awalnya dia ingin berkongsi apa yang menarik ketika menunaikan umrah bersama peminat, Hafiz walau bagaimanapun berpendapat sebaiknya dia menyimpan terlebih dahulu momen-momen indah yang dirakam sepanjang berada di tanah haram itu.

Bagi menghormati mereka yang terlibat dengan banjir ini, saya secara peribadi ambil keputusan untuk tidak kongsi apa-apa mengenai umrah buat masa ini.

Kalau ada orang lain nak post percutian mereka itu hak peribadi masing-masing.

Hafiz sebelum ini dilaporkan telah berangkat ke tanah suci kota Makkah pada 16 Disember lalu bagi mengerjakan umrah secara bersendirian selama lima hari dan telah selamat pulang ke tanah air pada hari Rabu lalu.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan rasa syukur kerana urusan ibadah kali ini telah dipermudahkan dan Hafiz juga sempat menitipkan doa buat rakyat Malaysia yang ketika ini terkesan dengan bencana besar banjir.

“Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan semoga mereka yang diuji dengan banjir ini kuat berdepan ujian dan segala urusan dipermudahkan.” ujarnya mengakhiri bicara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...