Simpan Barang Sumbangan Banjir Seperti Stok Kedai Runcit, Achey Tegur Sistem Agihan Di Beberapa PPS

Hiburan

Simpan Barang Sumbangan Banjir Seperti Stok Kedai Runcit, Achey Tegur Sistem Agihan Di Beberapa PPS

Pelawak Achey tampil meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan sesetengah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menyimpan barang bantuan yang disumbangkan orang ramai tanpa dihulurkan kepada mangsa tragedi bencana alam itu.

Achey
3 years ago

Bawa Anak Lihat Keadaan Banjir, Achey Hanya Ingin Dedahkan Pada Isu Semasa Dan Keadaan Sekeliling

Advertisement

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah,35, tindakan pihak pengurusan beberapa PPS yang mengawal agihan barang bantuan itu tidak seharusnya berlaku ketika mangsa banjir berdepan waktu sukar.

Katanya lagi, dia sendiri berdepan dengan situasi tidak munasabah itu apabila dia dihubungi mangsa banjir yang meminta bantuan sedangkan mereka baru saja menghantar bantuan ke PPS yang enggan didedahkan namanya itu.

Apabila saya buka DM, kebanyakan meminta saya untuk salurkan bantuan ke kawasan yang saya dah sampaikan sumbangan. Saya peliklah..

Rupa-rupanya ada dalam kalangan mangsa banjir tidak dibenarkan untuk mengambil barang bantuan kerana tidak berdaftar dengan PPS atau perlu melalui pelbagai prosedur yang ketat.

Jelas Achey lagi, dia telah menyaksikan kelemahan sistem agihan di PPS tersebut di mana sumbangannya tidak diagihkan terus kepada mangsa kerana perlu mengikut SOP tertentu.

Pelawak itu berharap sumbangan yang diberikan itu disampaikan terus kepada mangsa kerana risau barang makanan yang diberikan itu sudah basi dan tidak elok untuk dimakan.

Disebabkan oleh hal itu, Achey berharap agar proses pemberian bantuan itu dipermudahkan untuk mangsa banjir kerana jumlah yang diterima PPS berkenaan juga agak tinggi dan banyak.

“Pastikan semua dapat dan jangan ada yang tertinggal, sebab bantuan sekarang ini sudah banyak cuma sampai kepada mangsa atau tidak je. Ini bukan stok kedai runcit nak tahan-tahan.” luahnya kesal menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya, semalam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...