Simbah Air Panas Dan Kurung Di Dalam Sangkar, Anak Didera Sehingga Meninggal Dunia

Trending

Simbah Air Panas Dan Kurung Di Dalam Sangkar, Anak Didera Sehingga Meninggal Dunia

Pasangan suami isteri dari Singapura didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman Isnin lalu, kerana mendera anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun sehingga meninggal dunia pada tahun 2016.

Ridzuan Mega Abdul Rahman, 28 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun dan 24 kali sebatan manakala isterinya Azlin Arujunah 28 tahun dikenakan hukuman penjara 27 tahun dan tambahan 12 bulan penjara sebagai ganti hukuman sebatan yang tidak dilakukan ke atas wanita di Singapura.

Advertisement

Menurut laporan, pasangan itu telah mendera anak mereka dengan menyimbah air panas yang mendidih pada sekitar 15 Oktober sehingga 22 Oktober 2016 di sebuah bilik flat Toa Payoh di Singapura.

Nama kanak-kanak itu bagaimanapun tidak didedahkan bagi melindungi identiti adik-beradiknya yang lain.

Advertisement

Mangsa tidak sedarkan diri hanya dibawa ke hospital selepas lebih 7 jam menahan sakit akibat kesan melecur hampir keseluruhan badan. Dia kemudiannya dilaporkan meninggal dunia pada 23 Oktober 2016.

Mangsa turut pernah dikurung di dalam sangkar haiwan, dicubit menggunakan playar sehingga lebam, dipukul dengan penyapu dan dibakar tapak tangannya menggunakan logam yang panas.

Kali terakhir pasangan itu dihadapkan ke mahkamah adalah pada bulan Jun lalu, di mana mereka secara rasmi dilepaskan daripada tuduhan membunuh dengan niat yang sama. Ini kerana pihak pendakwa gagal membuktikan elemen ‘niat yang sama’ dalam perbuatan pasangan tersebut.

Hakim kemudiannya membebaskan mereka dari pertuduhan membunuh dan sebaliknya mensabitkan kesalahan yang menyebabkan cedera parah. Timbalan Pendakwa Raya, Tan Wen Hsien berkata kanak-kanak tersebut mengalami kesakitan selama lebih seminggu dan menderita akibat perbuatan itu.

Pasangan menganggur itu mengaku bersalah atas beberapa tuduhan lain mendera anak mereka, yang boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda di Singapura.

Pihak pendakwa menyifatkan kes itu sebagai salah satu ‘yang paling dahsyat’ antara kes-kes seumpamanya.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...