Siling Rumah Rosak Sebab Jiran? Jangan Panik, Ini Tindakan Undang-Undang Yang Korang Boleh Ambil

Kehidupan

Siling Rumah Rosak Sebab Jiran? Jangan Panik, Ini Tindakan Undang-Undang Yang Korang Boleh Ambil

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi di mana siling rumah ada tompok coklat pelik dan titisan air perlahan-lahan mula kelihatan dan korang yakin ia berpunca dari bilik air jiran dari tingkat atas?

siling rumah rosak

Advertisement

Perkara itu memang menjengkelkan dan ia lebih dari sekadar gangguan, masalah seperti ini boleh melibatkan kos pembaikan yang tinggi, menjejaskan nilai hartanah dan yang paling penting ia bukan tanggungjawab korang untuk baikinya.

Kalau korang tinggal di kondominium atau apartmen, ada proses undang-undang yang sah untuk selesaikan masalah ini.

  •  Buat aduan rasmi kepada pengurusan bangunan

lelaki buat aduan

Jangan terus serbu rumah jiran. Langkah pertama? Hantar surat rasmi kepada JMB atau MC bangunan korang.

Untuk Semenanjung dan Sarawak, undang-undang seperti Akta Pengurusan Strata 2013 dan peraturannya menetapkan bahawa aduan perlu dibuat secara bertulis. Emel pun boleh.

Pastikan korang nyatakan lokasi, tanda kebocoran, dan bila ia bermula, serta simpan salinan sebagai bukti.

Di Sabah, walaupun tiada garis panduan yang jelas dalam Enakmen Tanah 1972, langkah praktikal tetap sama iaitu maklumkan pengurusan secara bertulis untuk mulakan siasatan.

  • Pengurusan perlu buat pemeriksaan

Sebaik sahaja notis aduan diterima, pihak pengurusan perlu bertindak segera.

Di Semenanjung dan Sarawak, mereka wajib buat pemeriksaan ke atas unit korang, unit atas dan kawasan bersama dalam 7 hari. Mereka bertanggungjawab secara sah untuk mengenal pasti punca dan pihak yang bersalah.

Jiran atas wajib beri akses untuk pemeriksaan. Jika enggan, boleh dikenakan denda hingga RM50,000 atau penjara di bawah Akta Pengurusan Strata 2013.

Di Sabah, tiada tempoh masa khusus dalam undang-undang, tapi MC masih perlu ambil tindakan munasabah untuk menyiasat aduan kebocoran.

  • Sijil pemeriksaan (Certificate of Inspection)

Selepas pemeriksaan dibuat, pihak JMB atau MC di Semenanjung dan Sarawak perlu mengeluarkan Sijil Pemeriksaan dalam masa lima hari bekerja, menggunakan Borang 28 (Semenanjung) dan Borang 30 (Sarawak).

Sijil ini akan menyatakan punca kebocoran dan siapa yang bertanggungjawab. Lazimnya, unit di tingkat atas dipertanggungjawabkan kecuali ada bukti sebaliknya.

Di Sabah, tiada keperluan undang-undang untuk sijil rasmi, tetapi MC disaran keluarkan laporan bertulis yang menyatakan punca dan pihak bertanggungjawab.

  • Masa untuk baiki kebocoran

lelaki baiki siling

Selepas sijil dikeluarkan, pihak yang dipertanggungjawabkan, biasanya jiran tingkat atas akan diberikan 7 hari untuk mula baiki dan tanggung kos.

Di Semenanjung  dan Sarawak, jika mereka gagal, MC wajib teruskan pembaikan dan caj balik kos kepada pihak yang dinyatakan dalam sijil.

Di Sabah, tiada tempoh 7 hari ditetapkan dalam undang-undang, jadi korang perlu pantau rapat dan desak MC jika tiada tindakan diambil.

  • Jika ada pertikaian, bawa ke Pesuruhjaya Bangunan (COB)

Kalau korang atau jiran tak setuju dengan penemuan dalam Sijil Pemeriksaan (Borang 28/30), korang boleh rujuk kes ini kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT seperti MBPJ atau DBKL.

COB boleh siasat semula, lantik pakar bebas, dan keluarkan keputusan yang sah di sisi undang-undang tapi khas untuk Semenanjung dan Sarawak.

Di Sabah, tiada sistem COB di bawah Enakmen 1972, jadi pertikaian perlu diselesaikan secara rundingan dengan majlis tempatan atau dibawa ke mahkamah jika perlu.

  • Jika masih tak selesai, bawa ke Tribunal

Kalau jiran korang abaikan Sijil Pemeriksaan atau keputusan COB, atau MC lambat bertindak, korang boleh bawa kes ke Tribunal Pengurusan Strata tapi tertakluk untuk Semenanjung dan Sarawak.

Tribunal ini lebih cepat, murah, dan tak perlukan peguam. Had tuntutan ialah hingga RM250,000 di Semenanjung, dan Sarawak dijangka sama.

Cara failkan: Isi Borang 1, lampirkan bukti (gambar, surat, Borang 28/30), hantar ke pejabat tribunal (rujuk laman KPKT), dan bayar yuran kecil.

Keputusan tribunal adalah wajib dipatuhi. Gagal patuh boleh dikenakan tindakan jenayah.

Di Sabah, tiada tribunal strata. Pertikaian perlu dibawa ke mahkamah biasa, yang lebih rumit dan mahal.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

wanita buat laporan polis palsu elak bayar hutang dan sewa rumah
3 weeks ago

Nak Elak Bayar Sewa Rumah Dan Hutang, Wanita Sanggup Reka Cerita & Buat Laporan Polis Palsu Konon Disamun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...