October 11th, 2019

Nama pelakon Amar Asyraf dihimpit kontroversi panas dan menjadi bualan hangat apabila seorang wanita tampil mendedahkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor tersebut sejak September tahun lalu.  Bukan itu sahaja, wanita itu turut mendakwa Amar sebenarnya sudah mempunyai dua orang isteri tetapi masih mahu bermain kayu tiga.

amar asyraf

Menjawab tuduhan dia menjalin hubungan sulit, Amar mengakui kesilapannya terjebak dengan cinta segi. Bagaimanapun, dia memaklumkan hubungan cintanya dan gadis tersebut sudah berakhir pada Mac lalu.

Saya tidak mahu membuka aib sesiapa, tambahan pula hubungan saya dengan gadis itu sudah berakhir pada Mac lalu. Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia kami.

amar asyraf

Saya juga berharap, penjelasan ini dapat menutup semua isu yang tercetus. Apa yang berlaku antara kami sudah menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi. Tetapi, jika ada pihak yang terus mengungkit perkara itu, saya tidak teragak-agak membawanya ke muka pengadilan.

Malah, Amar berkata isterinya Arna Salleh juga mengetahui hubungannya dengan wanita tersebut dan langsung tidak cepat melatah mengenai kontroversi yang tercetus. Hubungan mereka suami isteri masih baik.

amar asyraf dan isteri

Isteri tahu hubungan saya dengan gadis itu. Dia tidak melatah, malah tenang apabila saya berterus terang perkara sebenar. Dia bagaimanapun, terkilan apabila cerita itu mula tersebar.

Keluarga juga tahu mengenai perkara itu. Saya akui, saya yang patut dipersalahkan dalam hal ini dan tidak akan sekali-kali menuding jari menyalahkan orang lain.

amar asyrafTerdahulu, wanita itu turut mendakwa dia dan Amar merancang untuk berkahwin minggu depan tetapi membatalkannya kerana baru mengetahui aktor itu sudah beristeri dua dan mempunyai seorang anak yang baru dilahirkan. Pendedahan ‘berani’ mengenai status hubungannya dengan Amar dibuat kerana dia mahu memberi pengajaran buat wanita lain di luar sana agar tidak menjadi mangsa.

Sumber Berita : BH ONLINE


12 responses to “Silap Saya Terjebak Cinta Tiga Segi – Amar Asyraf”

  1. korok says:

    x sedar diri…dh la x femes lagi job sendu…sebok nak berbini je…

  2. Intan says:

    Betullah tu.. Isteri mana yg tenang bila dpt tau suami dia main kayu tiga. Sikit sebanyak mesti isteri dia kecewa…

  3. Angry woman says:

    Ah kau! Ayat nak good2 je! Puting lu laa terjerat cinta tiga segi.. Ko yg gatal! Muka xsiap ade hati nk jd playboy.. Yg ppuan pon sama..taste mat rempit pui!

  4. Anonymous says:

    speak d truth jer…. kasi bongkar perangai amar yg sebenar….

    kan main pusing alasan yer amar…. ayat power dia nih… buat taik pastu ayat suci2…

  5. Anonymous says:

    ah….tenang ke yg pertama tu…tanyalah mana2 isteri…pedih ulu hati ye jika suami nk kawen lgi..

Loading...