Pengarah Syamsul Yusof yang ditemui semalam ketika hadir ke mahkamah bagi tujuan memfailkan nusyuz terhadap isteri, Puteri Sarah mengakui dirinya tersilap langkah apabila memilih untuk berdiam diri daripada menceritakan perihal rumah tangganya pada ibu tercinta, Datin Patimah.
Kata Syamsul, dia menganggap tindakan tersebut (mendiamkan diri) adalah satu kesilapan dan jika mahu melakukannya sekarang, pasti ia sudah pun terlambat dan sukar untuk diterima.
Kesilapan saya tak cerita hal sebenar kepada ibu saya, Sarah hari-hari dengan ibu saya.
Memetik Utusan, Syamsul sebagai anak mengakui berasa sedih dan terkilan mengenangkan apa yang sudah terjadi kepada keluarganya apalagi hubungan dia dan ibunya juga keruh dan tidak berapa baik pada ketika ini.
Jelas Syamsul, dia bukanlah seorang yang suka berkongsi masalah kepada orang lain apatah lagi melibatkan rumah tangga dan peribadi kepada ibu, Datin Patimah dan juga ayahnya, Datuk Yusof Haslam.
Terdahulu, Datin Patimah dilihat secara terbuka memberi semangat yang berterusan kepada menantu, Puteri Sarah Liyana untuk tidak mengalah dan terus kuat bagi menghadapi segala cabaran yang mendatang.
Sokongan yang tidak berbelah bahagi diberikan ibu Syamsul Yusof kepada Puteri Sarah itu membuatkan netizen galak mencipta spekulasi sendiri mengenai rumah tangga pasangan itu.