Silap Saya Kahwin Suami Kawan Baik Sendiri, Tapi Siapa Saya Nak Menolak Takdir?

Trending

Silap Saya Kahwin Suami Kawan Baik Sendiri, Tapi Siapa Saya Nak Menolak Takdir?

Saya sedang berduka lara angkara sikap madu saya yang enggan membenarkan suami pulang ke rumah saya. Saya tahu silap saya mengahwini suami kawan baik saya sendiri.

Advertisement

Tetapi siapa saya untuk menolak takdir?

Saya janda anak tiga sebelum berkahwin dengan suami sekarang.

Suami merupakan suami kawan baik saya. Sebelum ini saya selalu datang ke rumah dia dan banyak mengandu tentang masalah saya kepada dia.

Sehinggalah suatu hari, suami dia SMS saya untuk berborak. Dari SMS, kami semakin rapat dan selalu berjumpa. Saya sudah cuba untuk melawan tetapi nak buat macam mana? Jodoh kami.

Advertisement

Kami ambil keputusan untuk berkahwin di sempadan untuk mengelakkan diketahui kawan saya.

Selepas perkahwinan kami, kawan baik saya mendapat tahu lalu dia mengamuk seperti orang gila. Dia paksa suami ceraikan dia, tetapi suami tidak sanggup kerana anak-anak.

Hari berganti hari, dia tetap membeci saya sehingga tidak membenarkan suami datang menjenguk saya. Apa yang menyedihkan saya, suami pun tidak lagi berani untuk datang berjumpa saya. Malah, setiap panggilan telefon saya tidak dijawabnya.

Saya naik angin lalu datang bersemuka dengan madu yang juga bekas kawan baik saya.

Saya dihina, dicerca macam-macam. Suami pula tidak mempertahankan saya. Sebaliknya memberikan kata dua untuk melepaskan saya. Hati siapa yang tidak hancur?

Saya sedih sangat, pengorbanan saya tinggalkan anak-anak semasa ikut dia, tidak dihargai. Saya dibuang seperti kain buruk.

Tolonglah, jangan cerca saya. Bagilah kata-kata semangat kepada saya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

17 Comments

  1. Eryn

    April 26, 2017 at 2:07 pm

    What do u expect? kau expect madu kau akan sayang2 kau? peluk cium kau lepas kau rampas suami dia? buang masa tau tak baca luahan kau ni. Satu je nak cakap, padan muka. Tuhan balas semula kifarah untuk kau

  2. Erina

    April 25, 2017 at 6:53 pm

    As Salam Puan, saya rasa puan patut pandang ke depan.
    Dua2 yg setuju nak kahwin – dua2 bersalah. Kalau dah dihina dan dicerca begitu dan suami x defend puan – puan sepatutnya boleh nmpk dah kesudahan perkahwinan puan.
    Apa yang puan buat pada kawan baik puan dah buat terang-terangan memang salah. Kalau puan kata jodoh/takdir, klu betul la – puan tak perlu sampai ke sempadan nak kahwin.
    Nasihat saya klu puan sanggup bertahan kerana cinta pada “Suami” , puan kena terima seadanya. Lambat tu kawan baik puan nak maafkan puan, harapan tipisla …..
    Fikir ke depan utk puan dan anak2.

Loading...