Satu perkongsian media sosial TikTok baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen gara-gara seorang wanita bergelar usahawan kek dan pastri mengeluh kerana tidak dibantu memasukkan barangan yang dibeli ke dalam kereta oleh staf sebuah pasaraya.
Dalam video itu, usahawan dan juga pensohor media sosial itu dilihat kesal dengan sikap staf pasaraya berkenaan yang tidak menghulurkan bantuan kepadanya gara-gara barang yang dibeli terlalu banyak.
Kau beli 5K barang ada troli en ? Kedai kau barang kecik2, ada troli ? Kau boleh lah cakap oh kau hargai tolong angkat apa semua. Kedai kau tu jual barang kecik2. Lotus tu barang2 besar siap dengan troli, bukannya tak ada troli. Lain lah kalau tak ada troli, amenda kau ni ? https://t.co/YQAx676i70 pic.twitter.com/g1gIeifhbS
— cotilinapumpumsakuranatashahudsonkencangnyaangin? (@si_shorty) February 2, 2023
Kita pi L*tus beli barang RM2,000,RM3,000, haritu beli RM5,000 sendiri tolak masuk. Punya belagak staf dia. Aku punya geram.
Pastu lalu sebelah kita jeling-jeling, buat kekwat dengan kita.
Dia dalam pada itu membandingkan tahap perkhidmatan pasaraya itu dengan kedai menjual kek yang diusahakannya pada ketika ini.
Sehubungan dengan itu, netizen mempersoalkan keperluan usahawan itu untuk mengadu dan membuat video mengenai isu itu memandangkan ia tidak termasuk dalam polisi mana-mana pasaraya di negara ini.
Dia compare dengan Lotus yang besar dengan kedai dia yang kecik? Laaa dia ni takkan pekerja Lotus keja nak angkut barang customer je?
Kata netizen lagi, mungkin juga wanita berkenaan terpaksa membuat video seperti itu bagi tujuan ‘marketing’ meskipun kelihatan tidak relevan untuk dipertikaikan.
“Cara macam mana nak dapatkan publisiti murahan. Buat content bodoh untuk naikkan view kedai” tulis seorang netizen lagi.