Sesetengah isteri yang mendapat tahu kecurangan suaminya memilih untuk berdepan dan berjumpa dengan perempuan simpanan lelaki tersebut.
Kebiasaannya akan berlaku pergaduhan namun lain pula bagi seorang wanita ini yang tular kerana caranya berjumpa dengan teman wanita suaminya.
Menerusi video yang tular itu, dia dilihat berjumpa dengan kekasih suaminya di sebuah kedai baju dan didengari bercakap dengan elok dengan wanita berkenaan.
Ketika pertemuan tersebut, dia akui hanya mahu memberitahu tentang suaminya yang tidak mempunyai apa-apa harta malah apa yang dimiliki pasangan itu adalah hasil kerja keras si isteri dan ibunya.
Lelaki bernama Rifan itu juga dikatakan langsung tidak memberikan nafkah kepada isteri dan anak mereka dan perkara itu membuatkan si isteri tidak kisah sekiranya wanita berkenaan mahu meneruskan hubungan mereka.
Dia (Rifan) itu tidak mempunyai apa-apa. Yang berusaha saya. Saya cuma nak beritahu, kalau kamu mahu, silakan ambil. Silakan ambil sampah dalam hidup saya.
Teman wanita lelaki tersebut dilihat terpinga-pinga ketika didekati si isteri kerana difahamkan tidak tahu bahawa Rifan yang baru dikenalinya selama dua bulan itu sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Mereka berdua kemudian berbual dengan profesional dan matang sebelum menghubungi Rifan dan lelaki itu rupanya mengaku kepada ramai wanita bahawa dia adalah seorang duda.
@kawaiku_idnelegan kali mbuak♬ suara asli – ipaps