Usahawan kontroversi yang dikenali dengan nama kak KM baru-baru ini meluahkan rasa rimas dengan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar anak tetapi tidak menunjukkan wajah kepada umum.
Terbaru, Elly Mazlein tampil memberikan pendapatnya sekaligus membidas kenyataan Kak KM yang juga anak kepada pelakon, Normah Damanhuri.
Kata penyanyi dan pengacara itu, setiap orang mempunyai hak masing-masing untuk memilih sama ada mahu atau tidak mendedahkan wajah anak mereka.
Banyak lagi benda lain nak buat content, jangan sentuh hal anak-anak. Manusia ada hak untuk buat pilihan.”
Elly Mazlein yang mesra dengan panggilan kak lina pom pom itu turut meminta pengikutnya untuk ‘tag’ akaun Instagram Kak KM.
Menerusi ruangan komen, ramai pengikutnya memberikan pendapat mereka.
Rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan Elly Mazlein tentang hak serta pilihan masing-masing untuk tidak mendedahkan wajah anak.