July 15th, 2020

Tindakannya menghentam dua “wanita” jadian yang acap kali mencetuskan kontroversi seakan mempersendakan agama Islam, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri kini menjemput dua jutawan kosmetik sensasi Safiey Illias dan Nur Sajat untuk bersemuka dengannya yang kini berada di Ipoh, Perak.

pu syed sajat safiey mahu bersemuka

Menurut PU Syed, sepatutnya mereka berdua yang datang bertandang berjumpa dengannya tanpa diminta untuk membimbing mereka ke jalan yang benar.

View this post on Instagram

Di alu2kan Jangan samakan ambe dgn Us Ebit, jika dia yg dtg secara lemah lembut pun, kamu dan best friend kamu masih tak insaf², biarlah yg agak garang ni nasihatkan kamu pula Zaman Nabi ada watak Saidina Abu Bakr dan ada watak Saidina Umar kedua2nya mempunyai identiti diri dan kaedah dakwah masing² dan keduanya adalah sahabat paling rapat di sisi Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam Manakala urusan taufiq dan hidayah adalah milik Allah, kalian kerap sangat mempermainkan agama, dengan menyedari bahawa itu adalah Dosa Sebut sahaja tarikhnya bila, waktunya bila, dan jemput hadir ke MATAVBAIDHI di Ipoh Hastag ambe adalah #AdeAmbeTakut Syed Bakri Al-Yahya #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

“Sila hadir ke Ipoh ya Encik Safiey, ajak sekali Encik Sajat. Bila sakit datanglah pada doktor bukan doktor datang kepada pesakit.”

Meskipun begitu, PU Syed juga menyeru supaya jangan menyamakan dirinya dengan pendekatan Ustaz Ebit Lew kepada Safiey sebelum ini kerana mengakui cara dakwah mereka adalah berbeza.

“Jangan samakan saya dengan Ustaz Ebit, jika dia yang datang secara lemah lembut pun, kamu dan best friend kamu masih tak insaf-insaf, biarlah yang agak garang ni nasihatkan kamu pula.”

sajat safiey pu syed ajak bersemuka

Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagramnya, PU Syed dilihat tegas ingin menyampaikan dakwah kepada dua usahawan tersebut.

“Manakala urusan taufiq dan hidayah adalah milik Allah, kalian kerap sangat mempermainkan agama, dengan menyedari bahawa itu adalah dosa.”

sajat safiey pu syed ajak bersemuka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan tindakan PU Syed yang tampil mahu bersemuka dengan mereka, malah memuji sikap tegas PU Syed kerana Sajat dan Safiey bagai tidak insaf biarpun didakwah dengan cara yang lembut sebelum ini.

Terdahulu, PU Syed menegur tindakan Safiey yang cuba menjadi wanita selepas kembali ke fitrah asal, sementara Sajat yang tidak segan memakai pakaian yang menjolok mata dan berbikini baru-baru ini turut ditegur PU Syed.


8 responses to ““Sila Hadir Ke Ipoh Ya Encik Safiey, Ajak Sekali Encik Sajat”- PU Syed Ajak Safiey Illias Dan Nur Sajat Bersemuka”

  1. Juli says:

    Spesis ni klu ikat letak kat landasan ketapi pon x akan berubah….

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...