“Sila Cakap Pakai Otak, Kami Bukan Peminta Sedekah” – Nadia Annuar ‘Back Up’ Harris, Nafi Adik Menangis Untuk ‘Marketing’ Jual Kuih Bangkit

Hiburan

“Sila Cakap Pakai Otak, Kami Bukan Peminta Sedekah” – Nadia Annuar ‘Back Up’ Harris, Nafi Adik Menangis Untuk ‘Marketing’ Jual Kuih Bangkit

Pengacara dan personaliti TV, Nadia Annuar tampil mempertahankan adiknya, pelakon Harris Annuar yang sebelum ini menangis ketika menjual kuih di TikTok.

Ujar Nadia, dia ingin menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan ibunya, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton sebagai seorang yang memiliki kekayaan yang melimpah ruah.

Advertisement

Yang cakap anak Kak Ton dah kaya lah, drama nangis semata-mata nak marketing lah, sila cakap pakai otak.

Kalau Kak Ton kaya raya takdelah Kak Ton yang sakit-sakit buat ‘live’ TikTok setiap hari. Bukan semua benda korang boleh nilai dengan mata kasar je.

Katanya lagi, anak-anak Kak Ton tidak pernah diajar untuk bergantung kepada orang lain demi kelangsungan hidup dan menafikan dakwaan bahawa mereka adik beradik sebagai peminta sedekah.

Nadia Annuar

Habis kalau pun Kak Ton kaya, takkan anak-anak yang muda belia nak perah duit yang mak susah-susah cari sampai habis?

Kami adik-beradik berusaha kerja keras untuk hidup masing-masing dan tak nak jadi biawak hidup. Itu yang mak kami ajar.

Dia juga menafikan Harris berniaga untuk meraih simpati dan tidak memaksa mana-mana pihak untuk membeli kuih bangkit yang dijual adiknya itu.

Terdahulu, pelakon Harris Annuar menerusi sesi live TikTok dirakam mengalirkan air mata kerana tertekan akibat menanggung hutang perniagaannya di mana dia terpaksa membayar semula kepada pembekal kuih bangkit itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Harris annuar
9 months ago

Pelakon Lelaki Menangis Jual Kuih Bangkit Di TikTok, Gigih Nak Bayar Hutang- "Saya Buat Silap Besar!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...