Seperti diketahui ramai, selebriti Lucinta Luna memang sangat dikenali ramai kerana dia secara terbuka memberitahu dirinya adalah transgender.
Baru-baru ini, sesi temubual dalam sebuah program di Indonesia bersama Lucinta telah tular di platform media sosial susulan diajukan soalan berkenaan penyesalan terbesar terhadap arwah ibunya.
Menurut selebriti lelaki yang bertukar menjadi wanita itu, dia belum pernah bersikap jujur terhadap ibunya mengenai sudah bertukar fizik sepenuhnya.
Biarpun berasa bersalah, Lucinta berkata hatinya juga tidak memilih untuk menjadi seperti itu tetapi disebabkan dari kecil adik-beradik perempuannya selalu membuat selebriti itu seperti perempuan, jadi secara automatik apabila membesar ia tidak boleh diubah lagi.
Mama selalu suruh berdoa pada yang maha kuasa kepada orang-orang yang suka akan diriku, mahupun yang benci.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang tersentuh melihat tutur kata Lucinta kerana masih mengingati Allah SWT biarpun diri sudah jadi seperti itu.
Dalam pada itu, ada juga yang menyuruh ‘suami’ Lucinta Luna melihat video ini bahawa selebriti ini pada asalnya adalah lelaki bukannya wanita seperti yang dinafikan sebelum ini.