Melalui laporan mStar, baru-baru ini, anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mendedahkan dirinya menjadi mangsa tindakan keterlaluan orang sekeliling sewaktu mempromosikan produk di sekitar Masjid India, Kuala Lumpur, semalam.
Ammar dedah diri ‘diraba’?
Kata Ammar, 17, insiden keterlaluan itu berlaku sewaktu dia sedang membantu ibu bapanya menjayakan kempen Malaysian Book Of Record, di mana jualan beg mereka merupakan terpantas dijual di siaran langsung.
Saya tak suka orang yang bersikap tak bertamadun sebab saya baru sahaja kena raba. Untuk pengetahuan, saya kena raba di pinggang, ketiak dan saya memang tak suka perkara itu.
@shahidadherbs2 korang jgn lupa support Papa ok..kami nak release samma denim AS pada 3.8.2025 (8 malam) TT @Aliff Syukri Kamarzaman ♬ Gemuruh (Live) – Faizal Tahir
Dalam pada itu, anak sulung Aliff Syukri itu menegaskan dia tidak kisah untuk bergambar atau beramah mesra dengan orang ramai tetapi luah rasa kecewa apabila ada yang mengambil kesempatan.
“Saya terus hilang minat..”
Saya tiada masalah kalau orang ajak bergambar atau nak bersembang, tapi bila dah melampaui batas, saya terus hilang minat.
Berkongsi lanjut, Ammar berkata dia sudah pun memberitahu insiden ini kepada ibunya, Datin Seri Nur Shahida dan dinasihati untuk kekal tenang serta tidak terlalu memikirkan tentang perkara ini, malah memilih untuk memaafkan individu yang melakukannya.