Sikap Pelanggan Tak Bersihkan Meja Selepas Makan Di Kafe Cetus Perdebatan, Netizen Bahas Tanggungjawab Siapa?

Kehidupan

Sikap Pelanggan Tak Bersihkan Meja Selepas Makan Di Kafe Cetus Perdebatan, Netizen Bahas Tanggungjawab Siapa?

Baru-baru ini, tular di platform media sosial foto memaparkan ramai pelanggan tinggalkan tray di atas meja bersama sisa makanan serta minuman selepas selesai menjamu selera.

Kena kemas meja lepas makan di restoran atau tidak?

Hantaran tersebut difahamkan dimuat naik oleh seorang pegawai perubatan dikenali sebagai Dr Azureen ketika dirinya singgah di sebuah kafe.

Advertisement

Dapat dilihat dalam foto tersebut, kelihatan meja dipenuhi dengan tray, pinggan, gelas serta sisa makanan pelanggan yang datang untuk menjamu selera di sana.

tak kemas meja lepas makan

Hal tersebut menjadi persoalan di fikiran Dr Azureen sama ada pelanggan perlu membersihkan sisa makanan selepas menjamu selera ataupun tidak.

Kalau kedai makan biasa pun kalau boleh nak angkat, tapi selalu tolong susun atau lap sendiri kalau anak sepahkan dan tumpahkan.

‘Dah bayar caj servis kenapa pula nak kemas’

Perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian ramai, di mana ada yang berpendapat jika restoran ataupun kafe berkenaan mengenakan caj servis terhadap pelanggan, maka mereka akan meninggalkan sisa makanan di atas meja tanpa kemas.

komen

Dalam pada masa yang sama, ada juga berpendapat kafe atau restoran bukan organisasi kebajikan dan pelanggan berhak untuk membiarkan saja sisa makanan di atas meja makan.

Menggambarkan adab seseorang

Namun begitu, sesetengah netizen merasakan membersihkan meja selepas selesai menjamu selera mencerminkan adab peribadi seseorang.

komen

bapa abang aji
2025-07-10 10:16:44

"Agak-Agaklah 'Warga Asing' Tu Pun.. Badan Abang Aji Begitu Kerana Susu" - Bapa Abang Aji Nafi Tak Jaga Pemakanan Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...