Sikap Cuai Tinggalkan Anak Di Dalam Kereta, Wanita Terperosok Bawah Kereta Dilanggar Kereta Sendiri

Trending

Sikap Cuai Tinggalkan Anak Di Dalam Kereta, Wanita Terperosok Bawah Kereta Dilanggar Kereta Sendiri

Semua orang pasti pernah melakukan perkara yang sama meninggalkan anak-anak kecil di dalam kereta dengan enjin yang masih hidup. Kadang-kadang kerana nak kejar masa memang tak terfikir bahaya yang boleh berlaku.

Tapi ternyata ianya mengundang padah pada seorang pemandu wanita ini yang dilanggar oleh keretanya sendiri. Sikap cuainya meninggalkan tiga orang anak di dalam kereta menyebabkan keretanya bergerak sendiri.

Advertisement

Anaknya berusia dua tahun yang berada di dalam kereta menukar gear kereta kepada mengundur semasa di stesen minyak tersebut.

Wanita tersebut yang sedar keretanya bergerak kemudian menahannya daripada terlanggar tembok.

“Akibat daripada itu, mangsa dilanggar kereta sendiri dan terperosok masuk ke bawah kereta. Kereta hanya berjaya dihentikan apabila anaknya yang berusia 12 tahun menukar semula gear kepada P.”

Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng berkata rawatan perubatan awal diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka, pinggang dan kaki.

Kejadian seperti ini sememangnya membahayakan. Bukan sahaja membahayakan nyawa anak-anak di dalam kereta tetapi juga orang sekeliling. Hati-hati sebelum terlambat.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...