Sikap Angkuh Pemimpin Jair Bolsonaro Mempengaruhi Kenaikan Mendadak Kes COVID-19 Di Brazil

COVID-19

Sikap Angkuh Pemimpin Jair Bolsonaro Mempengaruhi Kenaikan Mendadak Kes COVID-19 Di Brazil

Brazil kini mencatatkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak apabila statistik kini menunjukkan negara itu berada di tempat kedua selepas Amerika Syarikat. Berdasarkan data tersebut, Brazil menerima 742,084 kes dengan 38,497 kematian setakat ini.

Tidak semena-mena, Brazil kini berada di tangga dua teratas dengan peningkatan kes secara mendadak. Satu kajian oleh Universiti Persekutuan Rio Grande do Sul (UFRGS) menjangkakan bahawa Brazil akan mencapai 1 juta kes COVID-19 dan 50,000 kematian menjelang 20 Jun ini.

Advertisement

Tiada kepimpinan yang baik

pemimpin brazil

Presiden Brazil iaitu Jair Bolsonaro sebelum ini pernah memandang ringan dan meremehkan krisis pandemik ini dengan mengatakan virus baru itu hanyalah “selesema kecil” yang harus dihadapi secara realistik. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan, “Itulah kehidupan. Kita semua akan mati suatu hari nanti.”

Pada hari Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan Brazil telah menerima arahan untuk membuang data paparan kes wabak COVID-19 dari masa ke masa dari laman web rasminya. Penghapusan data itu berlaku setelah negara tersebut melaporkan lebih dari 1,000 kematian selama empat hari berturut-turut.

brazil

Bolsonaro mengumumkan kerajaan Brazil hanya akan memaparkan angka kes dan kematian yang berlaku dalam masa 24 jam sahaja. Ini berbeza dengan negara lain yang melaporkan secara kumulatif. Beliau berpendapat jumlah kumulatif tidak memaparkan realiti sebenar di Brazil.

Jumlah kes yang disahkan hanya sedikit berbanding di AS dan jangkitan dijangka meningkat lebih jauh kerana wabak masih beberapa minggu lagi dari puncaknya, menurut pakar kesihatan. Minggu lalu, jumlah kematian Brazil melebihi Itali menjadikannya negara kedua di dunia hanya di belakang AS.

Tindakan memadamkan data itu menerima kritikan ramai sehingga menyebabkan Hakim Mahkamah Agung Alexandre de Moraes meminta kementerian untuk mengembalikan sepenuhnya data terkini demi kepentingan kesihatan awam.

Konflik bersama Menteri Kesihatan

Adalah sukar untuk tidak merumuskan bahawa tindakan presiden itu telah membahayakan nyawa ramai rakyatnya. Sebelum ini juga, beliau memecat Menteri Kesihatannya, Luiz Henrique Mandetta. Bekas Menteri itu menyokong langkah pengasingan (isolation) dan menentang usul presiden itu.

Beliau menentang usul presiden itu untuk mempromosikan chloroquine dan hydroxychloroquine sebagai rawatan untuk COVID-19. Apa yang lebih memburukkan keadaan, presiden itu tidak mengikuti arahan Kementerian Kesihatan di mana dia masih menghadiri perhimpunan jalanan pro-pemerintah sambil berjabat tangan dengan penyokongnya.

Luiz Henrique Mandetta

Luiz Henrique Mandetta

Ini semua memberi kesan kepada tingkah laku rakyat Brazil sendiri apabila mereka tidak mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial selepas melihat tindakan presiden mereka itu. Malah, banyak perniagaan yang kekal beroperasi secara tidak sah di saat kemuncak kes.

Terdapat laporan bahawa banyak hospital berada di ambang kehancuran. Di kota Manaus, angka kematian melambung tinggi sehingga tanah perkuburan utama terpaksa menguburkan lima keranda sekaligus di dalam kubur yang sama.

Ugut mahu keluar WHO

Presiden itu mengancam untuk menarik Brazil keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas didapati mereka terlalu masuk campur dalam pengurusan pandemik di negara itu. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengingatkan pemerintah itu tentang risiko menamatkan perintah ‘lockdown’ terlalu awal.

“Saya memberitahu anda sekarang, Amerika Syarikat telah meninggalkan WHO dan kami akan mengkaji perkara yang sama pada masa akan datang.”

Di Geneva, ketika ditanya mengenai usaha untuk melonggarkan penjarakan sosial di Brazil walaupun terdapat kenaikan kematian setiap hari, seorang jurucakap WHO mengatakan kriteria utama untuk menamatkan ‘lockdown’ adalah penularan yang rendah dalam negara.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber: (1), (2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...