Kebenaran yang diberikan kerajaan baru-baru ini kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin nampaknya telah disambut baik oleh masyarakat yang rata-rata tampil berkongsikan aktiviti mereka seperti membeli belah dan makan di kedai.
Namun, masih ada peniaga dan pelanggan yang tidak jujur dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
Turut kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak itu, pelakon Ika Nabella tampil berkongsikan pengalamannya memasuki sebuah kedai namun tidak diperiksa oleh peniaga sama ada telah lengkap vaksin atau tidak.
Tolong ya rakyat Malaysia kalau tak nak vaksin, simpan sendiri. Sejujurnya, ya memang ada sesetengah kedai tak tengok sijil. Ia berlaku juga kepada sewaktu pergi beli ayam di kedai mamak berhampiran KLCC. Ini amaah, menjaga keselamatan pembeli juga amanah.
Perkara tersebut dikongsikan Ika menerusi sebuah hantaran Instagram di mana dia ada memuat naik tangkap layar pengakuan seorang individu yang berbangga kerana dilayan seperti orang yang lengkap dua dos meskipun tidak mengambil suntikan pelali itu.
View this post on Instagram
Meskipun menyedari bahawa suntikan vaksin adalah hak individu, pelakon drama Kanvas ini memohon agar semua pihak tidak mementingkan diri dan memikirkan keadaaan orang lain.
Tolong jangan pentingkan diri sendiri. Kalau tak nak fikir orang pun, fikir la keluarga. Bayangkan orang yang datang kedai kita bawa virus. Punca? kita. Ya, vaksin hak individu tapi kita boleh bantu daripada segi lain. Contoh amanah ni.
Terdahulu, individu yang telah lengkap vaksin bagi negeri-negeri fasa 1 Pelan Pemulihan Negara telah dibenarkan untuk melakukan aktiviti seperti makan di restoran mulai 20 Ogos lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.