Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu Dijual Pada Harga RM 30 Di Facebook

Trending

Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu Dijual Pada Harga RM 30 Di Facebook

Seiring dengan trend perdagangan internet, satu sindiket kini memberi pelanggan kemudahan untuk membeli sijil cuti sakit (MC) melalui media sosial untuk bercuti tanpa bimbang.

mcpalsuIklan sijil cuti sakit tersebut yang meletakkan harga RM 30 untuk satu MC, dihantar kepada pelanggan melalui Poslaju dalam masa sehari selepas bayaran, menyebabkan kemarahan pihak Kementerian Kesihatan.

Advertisement



Kementerian itu kini menyeru majikan yang mengesyaki pekerja mereka membeli MC palsu untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan tatatertib dalaman.

Sindiket MC palsu itu bergerak aktif di Facebook dan dikatakan telah mengedarkan kad bisnes kepada ratusan pelanggan di Lembah Klang, mengiklankan perniagaan mereka dengan tema “percutian tanpa kebimbangan di hujung minggu lebih panjang bersama yang disayangi”.

Pelanggan diminta untuk membuat transaksi bayaran perbankan pada satu akaun, yang dimiliki oleh satu proksi, dan pihak penjual kemudian menghantar mesej teks kepada nombor yang diberikan untuk memberitahu berapa hari cuti yang diperlukan dan jenis sakit yang dikehendaki untuk ditulis pada MC tersebut.

Sindiket itu mendakwa yang ia sangat mengekalkan kerahsiaan maklumat pelanggan. Kata wakil sindiket tersebut dalam satu perbualan Whatsapp dengan The Star:

Jangan risau, kami sorok semua rekod jadi jika kena, mereka takkan jumpa rekod kami dan pelanggan akan selamat. Sebab itu kami hanya poskan MC. Mereka takkan tahu klinik mana dan siapa pembelinya.

MC yang dibeli oleh wakil The Star tiba melalui pos dan nampaknya berasal dari satu klinik terkenal di Subang Jaya, dan ditandatangani oleh seorang doktor yang disahkan bekerja di situ.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai memberitahu hampir semua MC palsu tidak didapati melalui klinik sebaliknya dipalsukan oleh pihak sindiket dan kelihatan seperti asli. Katanya:

Ia kelihatan seperti MC sebenar. MC itu ada nombor siri dan nama doktor tetapi semuanya boleh dipalsukan. Nama saya sendiri pernah digunakan dalam MC palsu sebelum ini.

Ia mungkin bukan ditandatangani doktor sebenar tetapi ahli sindiket. Bila kami periksa nombor siri dalam MC kami dapati ia tidak wujud. Jadi ini di luar kawalan Majlis Perubatan Malaysia dan kami akan perlu membuat laporan polis.

Dr Jeyaindran juga berkata pihaknya akan menyiasat klinik yang dinamakan dalam MC palsu tersebut yang diperolehi wakil The Star.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sebarang aduan mengenai MC palsu untuk dihantar ke [email protected]

Kementerian menyifatkan mereka yang membeli MC palsu memberi implikasi negatif pada produktiviti dan integriti negara.-amazingnara.com

Sumber: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...