Sihir Pemisah Salah Satu Punca Nonny Nadirah Bercerai

Hiburan

Sihir Pemisah Salah Satu Punca Nonny Nadirah Bercerai

Bekas peserta Akademi Fantasia, Nonny Nadirah sebelum ini mengakui beliau sudah bercerai. Belum setahun berkahwin, Nonny memberitahu keputusan untuk membawa haluan masing-masing bukan sesuatu yang mudah. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan tarikh sebenar perceraian tersebut.

Advertisement

Terbaru, dalam temu bual bersama portal Media Hiburan, Nonny yang masih lagi cuba untuk mengumpul semangat melalui fasa perceraian mendedahkan salah satu punca beliua bercerai adalah akibat perbuatan sihir pemisah.

Memang benda itu wujud, kita tahu benda sihir dan ghaib ini memang wujud. Saya percaya sihir yang paling jahat adalah sihir pemisah dalam rumah tangga. Ya, saya percaya memang ustaz pun ada bagi tahu benda ini memang ada dalam rumah tangga saya.

Akan tetapi saya tak nak salahkan ataupun saya tak nak percaya 100% sebab itu saya perbaiki diri saya. Saya minta dengan Allah, kalau betul ada yang dengki ataupun yang memang ada berbuat jahat ke atas perhubungan kami berdua, tolong tunjukan jalan keluar.

Bukan mudah untuk menempuhi dugaan ini, mungkin pada luarannya Nonny nampak kuat tetapi hakikatnya hati beliau rapuh.

Sihir ini memang ada dan percayalah walaupun dalam zaman serba moden ini masih ada lagi manusia yang penuh hasad dengki dan cemburu sanggup menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain ataupun membuat seseorang itu jatuh sakit.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

25 Comments

  1. Ishishish

    March 26, 2019 at 2:51 pm

    Ok lah ok lah… Nnt aku ambik gamba dia nangis tempek kat IG. Ok? Set? Suka kan?

  2. zaza

    March 26, 2019 at 2:11 pm

    Salahkan sihir..tp lepas cerai muka banyak senyum!

    • Ishishish

      March 26, 2019 at 2:49 pm

      Ok lah ok lah… Nnt aku ambik gamba dia nangis tempek kat IG. Ok? Set? Suka kan?

    • Anonymous

      March 26, 2019 at 3:29 pm

      hahaha,tu la..luaran mmg dia senyum,dalam hati dia,belakang semua org mana kita nak tau..belum kena batang hidung sendiri mmg seronok menaip melemparkan kata..

  3. unknown

    March 26, 2019 at 12:58 pm

    sesuai sgt dengan nama

  4. faraj

    March 26, 2019 at 12:05 pm

    Mana ader Sihir….!!! Sihir lah saya nk tgk…wakakakakaa

    • Anonymous

      March 26, 2019 at 1:33 pm

      Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

      (Al-Baqarah 2:102)

    • Anonymous 2

      March 27, 2019 at 3:23 pm

      Alahai… Si faraj ni kan pondan. Mmg la dia tak ikut hukum hakam agama. Tak usah dilayankan org2 mcm ni Anon oii…

    • Anon

      March 26, 2019 at 1:35 pm

      Dalam quran pun ada menceritakan pasal sihir, rasa lagi banyak ayat pasal sihir dari ayat pakai tudung. Jgn le takkabur sgt, kot2 allah bagi cash.

  5. black maria

    March 26, 2019 at 11:56 am

    sihir memang adelah mangkok!!! ko belum kene boleh lah ko ckp besar, sekali kene tgk makan x abis ko…bile org dh start sihir die akan teruskan benda tu sb klu berenti akan berbalik kt die sb tu org yg disihir susah nk baik kecuali org yg buat tu mati. Tapi org jahat biaselh mane tuhan nk amik awal. Org yg disihir boleh sakit macam2 even boleh dpt kanser pon sb jin dlm badan merosakkan sistem badan die. Moral of the story hidup beserdehanalh utk elak org dengki dan jauhi pergaduhan k.

Loading...