Sihatkan Mental Tanpa Beban Kewangan, Pusat Kesihatan Mental Ini Tawar Sesi Terapi Bermula RM40

Gaya Hidup

Sihatkan Mental Tanpa Beban Kewangan, Pusat Kesihatan Mental Ini Tawar Sesi Terapi Bermula RM40

Sokongan kesihatan mental tidak seharusnya menjadi beban kewangan yang besar.

Dalam dunia yang semakin sibuk dan penuh dengan tekanan ini, ramai yang terpaksa mengabaikan kesihatan mental mereka disebabkan oleh kos terapi yang tinggi.

Advertisement
lelaki tengah sesi terapi

gambar hiasan

Sesi terapi mesra poket

Namun, terdapat satu pusat kesihatan mental iaitu Wellness x Dignity tampil memberikan jalan penyelesaian dengan menawarkan sesi terapi yang mampu milik. bermula hanya dari RM40.

Bagi mereka yang bergelar pelajar dan mereka yang berada dalam komuniti B40, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan tanpa perlu risau tentang kos yang terlalu tinggi.

wellnessxdignitySumber : Facebook 

 

Kalau selama ini korang selalu tangguh sesi terapi kerana harganya yang mahal, mungkin sekarang adalah masa yang tepat untuk mengambil langkah pertama dalam menjaga kesihatan mental kerana Wellness x Dignity percaya bahawa kesihatan mental adalah hak setiap individu dan bukan sesuatu yang harus dianggap sebagai kemewahan.

Diawasi oleh profesional

Sesi terapi ini akan dikendalikan oleh kaunselor pelatih dan psikolog klinikal yang berkelayakan, dengan semua sesi diawasi oleh profesional berdaftar bagi memastikan anda menerima khidmat yang berkualiti.

Dengan adanya pengawasan oleh profesional berdaftar, korang akan rasa lebih yakin dengan sesi terapi yang korang akan jalani.

Sesi ini terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas dan sesi terapi ini hanya memerlukan korang untuk tunjuk kad pelajar atau surat pengesahan sebagai bukti status korang sebagai pelajar.

Bagi mereka yang berada dalam kategori B40, sesi terapi ini juga tersedia untuk korang. Ia terbuka kepada semua peringkat umur dan korang hanya perlu menunjukkan slip gaji terkini bagi mengesahkan kelayakan korang.

wellnessxdignitySumber : Facebook 

Akan tetapi, tempat adalah terhad jadi jangan lepaskan peluang untuk mendaftar dengan segera.

Selain itu, pusat kesihatan mental ini juga menawarkan sesi terapi untuk pasangan, keluarga, dan kumpulan, dengan kadar yang bermula dari RM30 hingga RM150 bergantung kepada jenis sesi yang dipilih.

Dengan harga yang berpatutan, ini adalah peluang yang sangat baik untuk memastikan kesejahteraan mental korang terjaga.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Sering Disisihkan Semasa Kecil? Ini 11 Ciri Yang Mungkin Terbawa Sampai Dewasa
3 days ago

Sering Disisihkan Semasa Kecil? Ini 11 Ciri Yang Mungkin Terbawa Sampai Dewasa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...