Kepulangan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof ke pangkuan keluarga sedikit sebanyak memberi kemanisan serta kebahagiaan kepada penerbit Datuk Yusof Haslam dan isterinya.
Pengarah itu menyifatkan tahun 2024 ini sebagai tahun yang cukup indah buatnya.
Menurut Astro Gempak, reda dengan apa yang berlaku sebelum ini, Yusof berkata dia dan isterinya sangat gembira apabila hubungan keluarganya kembali baik.
Dah beberapa tahun juga agak pahit tapi tak apa. Saya tak salahkan sesiapa, ini semua takdir. Apa yang terjadi, takdir dan kita kena reda.
Alhamdulillah yang paling buat saya gembira bila anak saya iaitu Syamsul dah kembali ke pangkuan keluarga. Hubungan kami sekeluarga pun dah baik.
Selalu dia balik rumah, malam kelmarin pun dia ada balik rumah.
Yusof turut berkongsi perbualan antara dia dan Syamsul ketika pengarah itu pulang ke rumah dua hari lalu.
Kata Yusof, Syamsul memberitahu ingin kembali mengarahkan filem di bawah syarikat terbitannya iaitu Skop Production.
Dia ada cakap ‘papa walaupun Syamsul dah buat filem dekat luar dengan penerbit lain, tapi Syamsul akan buat filem untuk papa’.
Cuma sekarang dia tengah sibuk tapi dia akan kembali buat filem dengan Skop. Tapi saya cakap terpulang pada dia. Bagi saya, paling penting hubungan antara anak dan ayah lebih penting.
Kalau boleh, jangan tinggalkan Skop Production, tempat dia dilahirkan. Bapa dia berjuang berpuluh tahun dan saya perlukan anak-anak lelaki saya untuk teruskan perjuangan saya.