Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sifatkan Lagu Dynamite Untuk Budak-Budak, Tiz Zaqyah Diserang Peminat BTS

tiz zaqyah diserang peminat bts

Bertindak memberi pandangan dan pendapat tentang lirik lagu terbaru kumpulan tersohor dunia BTS iaitu Dynamite, pelakon Tiz Zaqyah diserang peminat kumpulan itu yang dikenali sebagai ARMY di laman Twitter.

Perbalahan itu mula tercetus apabila Tiz membalas ‘tweet’ seorang pengguna Twitter yang menyifatkan lagu itu seakan kebudak-budakan.

Advertisement

“Apa benda s**l lirik lagu macam darjah tiga.”

Bagaimanapun, Tiz tampil mengutarakan pendapatnya dan silihat seolah bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan individu tersebut.

“Memang song for kids kan?”

Namun begitu, secara tidak diduga, soalan Tiz itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan menyebabkan golongan ARMY mula ‘menyerang’ pelakon yang popular menerusi drama Nur Kasih tersebut.

Tidak hanya mahu berdiam diri, Tiz tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik ayat yang mencetus perbalahan itu.

Advertisement

Ujar Tiz, lirik lagu itu menarik dan mudah diingati oleh kanak-kanak, malah dia juga amat menyayangi kanak-kanak di sekelilingnya.

Sekadar informasi, BTS sebelum ini telah berjaya mencipta sejarah apabila mendapat jumlah tontonan sebanyak 100 juta dalam masa satu hari menerusi lagu tersebut.

Malah, kejayaan itu juga telah berjaya memintas rekod yang dipegang oleh Blackpink menerusi lagu How You Like That yang berjaya mencapai 86.3 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. No need to know

    August 27, 2020 at 9:21 pm

    Sp suruh ko carik pasal.. org punya lagu baru kau pegi ckp mcm tu haaa..padan muka..

  2. Zarina Zainoordin

    August 27, 2020 at 7:05 pm

    TAK PERLULAH AGUNG-AGUNGKAN K-POP. KITA DAH NAK BERHARI MERDEKA NIH.

  3. Adi Channel

    August 27, 2020 at 11:47 am

    Kan dah kena serang

Loading...
To Top