Mesyuarat Khas Dewan Rakyat telah bermula dan sepanjang mesyuarat tersebut diadakan, keadaan di dalam Dewan tersebut kecoh dengan ‘pertikaman lidah’ antara pihak kerajaan, pembangkang serta Speaker Dewan Rakyat.
Antara kata-kata yang dilontarkan pihak pembangkang ketika Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan sedang berucap adalah “letak jawatan” dan “derhaka” sehingga menyebabkan beliau terpaksa meninggikan suara menyuruh Ahli Parlimen duduk dan diam.
"Kamu bawa peraturan mesyuarat tapi kamu sendiri tidak ikut peraturan. Jangan hanya ikut cuma apabila peraturan itu menyebelahi Yang Berhormat" – YDP Dewan Rakyat pic.twitter.com/Dc11NIRQJt
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021
Keadaan semakin panas apabila beberapa Ahli Parlimen saling bertikam lidah sebelum ditenangkan oleh Speaker Dewan.
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad turut melontarkan pendapat mendakwa mesyuarat kali ini bukan sidang Dewan Parlimen sebaliknya hanya majlis penerangan dan itu semua sudah diketahui.
Ahli Parlimen Langkawi dakwa mesyuarat kali ini bukan sidang Dewan Parlimen, sebaliknya hanya majlis penerangan dan perancangan kerajaan itu telah diketahui. #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/YnlW7WgrKF
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021
“Tetapi ini tidak ditumpukan dalam persidangan yang kelihatan seperti bukan Sidang Dewan Parlimen. Ia adalah Majlis Penerangan dan kita tidak perlu kepada penerangan kerana kita sudah pun baca dan tahu pelan kerajaan”- Tun Mahathir.
Pada masa sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan bagaimana kluster tempat kerja boleh wujud sedangkan SOP sudah dilaksanakan.
Pertanyaan itu dijawab oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetapi diganggu oleh beberapa Ahli Parlimen Pembangkang.
Ketua Pembangkang @anwaribrahim persoal bagaimana pelaksanaan SOP dilakukan sehingga boleh wujud banyak kluster tempat kerja. pic.twitter.com/ZkqyQCxj3B
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali beri penjelasan susulan dakwaan Ketua Pembangkang berkenaan SOP kilang-kilang, kawasan perindustrian. Namun, wujud pertikaman lidah antara blok kerajaan dan pembangkang. #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/XKRObDYLSC
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021
Rata-rata pihak pembangkang mendakwa kenyataan yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Gombak tersebut tidak sama dan benar, seperti mana yang diberitahu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).