Baru-baru ini, tular khabar angin yang mendakwa usahawan sensasi, Liana Rosli atau mesra dikenali sebagai Kak KM bakal memegang status ‘janda’ selepas diusik kakak hingga kecoh di media sosial.
Sedar mengenai dakwaan tersebut, Kak KM menjelaskan hubungannya dengan suami, Razman Ramli dalam keadaan baik dan tidak timbul isu perceraian antara mereka.
Bahkan, usahawan itu berkata dia enggan memanjangkan hal insiden kereta remuk yang dibuat oleh Razman hingga berlaku kemalangan di rumah mereka.
View this post on Instagram
Benda itu sekadar konten saja. Takkan kita ratu jamu nak kena cerai. Suami saya cakap, apa pun yang terjadi dia takkan tinggalkan saya.
Sebelum ini, Kak KM ada memuat naik video di Instagram seakan memberi bayangan bahawa dirinya akan menjadi single dan lagi menguatkan dakwaan tersebut selepas kakaknya sendiri memaklumkan akan ada orang masuk meminang dengan kadar segera.